[TERKINI] DUN Sabah Dibubar — PRN Ke-17 Bermula! Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 dibentang bacaan kali pertama

Ernalisa Othman 06/10/2025 | 09:30 MYT
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, yang juga Ahli Parlimen Papar pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali pertama.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata bacaan kali kedua akan dijadualkan pada sesi persidangan kali ini.

RUU tersebut bertujuan untuk meminda Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) bagi memperkenalkan penyelesaian yang lebih adil kepada pengguna dalam perjanjian sewa beli.

Pindaan ini meliputi perubahan pada kaedah pengiraan caj terma, penyelarasan had maksimum caj terma, serta penggunaan teknologi baharu dalam pemeteraian perjanjian.

Selain itu, pindaan ini juga bertujuan mengemas kini terma-terma yang sudah lapuk agar selaras dengan perkembangan semasa dalam industri dan standard pengawalseliaan.

Tindakan ini diambil untuk memastikan perjanjian sewa beli lebih telus, adil, dan relevan dengan perubahan teknologi serta keperluan pengguna masa kini.



#Penyelesaian yang lebih adil #penyelarasan had maksimum caj terma #selaras dengan perkembangan semasa #perjanjian sewa beli lebih telus