GADGETS
Ryt Bank tambah sokongan Google Wallet untuk pembayaran mudah alih
Ryt Bank kini menyokong Google Wallet, membolehkan pengguna tambah kad Visa Debit bank ke aplikasi untuk pembayaran melalui telefon pintar.
RYT BANK kini menjadi antara bank digital yang menawarkan sokongan untuk Google Wallet, membolehkan pengguna menambah kad Visa Debit keluaran bank tersebut ke dalam aplikasi berkenaan bagi tujuan pembayaran terus melalui telefon pintar.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Selain Ryt Bank, satu lagi bank digital yang turut menyokong Google Wallet ialah Boost Bank.
Sokongan pembayaran ini juga tersedia di bank-bank lain termasuk Affin Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered, selain perkhidmatan kewangan seperti Wise dan Airwallex.
Dengan Google Wallet, pengguna telefon Android yang dilengkapi ciri NFC boleh melakukan pembayaran di kedai fizikal hanya dengan menyentuh peranti pada terminal pembayaran, sekali gus memudahkan urusan tanpa perlu mengeluarkan dompet.
Untuk makluman, Ryt Bank merupakan bank tidak patuh syariah.
Ia sebelum ini dipasarkan sebagai bank digital pertama yang hadir dengan sokongan kecerdasan buatan (AI), membolehkan pengguna melakukan transaksi melalui antara muka berbentuk perbualan. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Ryt Bank dan Boost Bank menyokong Google Wallet, membolehkan pengguna tambah kad Visa Debit bank tersebut ke aplikasi untuk bayaran telefon pintar.
- Sokongan pembayaran ini turut ada di bank-bank lain dan perkhidmatan kewangan seperti Wise dan Airwallex.
- Pengguna telefon Android boleh gunakan Google Wallet untuk bayar secara tanpa sentuh di kedai dengan NFC, memudahkan urusan tanpa guna dompet.
Selain Ryt Bank, satu lagi bank digital yang turut menyokong Google Wallet ialah Boost Bank.
Sokongan pembayaran ini juga tersedia di bank-bank lain termasuk Affin Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered, selain perkhidmatan kewangan seperti Wise dan Airwallex.
Dengan Google Wallet, pengguna telefon Android yang dilengkapi ciri NFC boleh melakukan pembayaran di kedai fizikal hanya dengan menyentuh peranti pada terminal pembayaran, sekali gus memudahkan urusan tanpa perlu mengeluarkan dompet.
Untuk makluman, Ryt Bank merupakan bank tidak patuh syariah.
Ia sebelum ini dipasarkan sebagai bank digital pertama yang hadir dengan sokongan kecerdasan buatan (AI), membolehkan pengguna melakukan transaksi melalui antara muka berbentuk perbualan. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah bank digital yang menawarkan sokongan untuk Google Wallet selain daripada RYT Bank?
A: Boost Bank turut menyokong Google Wallet bersama-sama dengan RYT Bank. - Q: Apakah fungsi Google Wallet yang memudahkan pengguna telefon Android?
A: Google Wallet membolehkan pengguna telefon Android yang dilengkapi ciri NFC untuk melakukan pembayaran di kedai fizikal dengan hanya menyentuh peranti pada terminal pembayaran. - Q: Apakah bank-bank dan perkhidmatan kewangan lain yang turut menyediakan sokongan pembayaran melalui Google Wallet?
A: Selain RYT Bank dan Boost Bank, bank-bank lain seperti Affin Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered turut menyokong Google Wallet, bersama perkhidmatan kewangan seperti Wise dan Airwallex.