NATIONAL
Sabah akan gubal Enakmen Pembangunan Belia Negeri - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil kira aspirasi belia termasuk usaha melengkapkan golongan itu dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menggubal Enakmen Pembangunan Belia Sabah bagi mengukuhkan pengurusan organisasi belia, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata enakmen itu akan memastikan ruang yang lebih teratur untuk pembangunan belia negeri termasuk memperluas pengiktirafan aktivisme golongan terbabit.
"Kementerian Belia dan Sukan Negeri (KBSS) serta Majlis Belia Sabah (MBS) diberi tanggungjawab untuk meneliti perkara ini termasuk isu dasar peralihan umur belia," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Nasional Peringkat Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil kira aspirasi belia termasuk usaha melengkapkan golongan itu dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan.
"Ini bagi memastikan apabila tiba masanya untuk generasi muda mengambil alih tampuk kepimpinan, mereka layak dan mampu membawa negeri dan negara ke tahap lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Hajiji berkata bagi membangunkan kemahiran belia, kerajaan negeri turut memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta program latihan teknikal di Sabah.
"Lebih 179 kursus dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan bahasa telah dijalankan pada tahun lepas, dengan lebih 35,000 pendaftaran.
"Kami juga menggalakkan belia menceburi industri minyak dan gas di Sabah yang sedang berkembang bagi meningkatkan kemahiran mereka dan memenuhi permintaan masa depan sektor tenaga," katanya.
Hajiji berkata kerajaan negeri turut melancarkan pelbagai program bantuan pendidikan termasuk terbaharu Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One Off (SUKSES).
Beliau berkata perkara itu merupakan antara 13 inisiatif pendidikan kerajaan negeri untuk pelajar, sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta Persatuan Pelajar Sabah di dalam dan luar negeri dengan jumlah keseluruhan RM75.5 juta.
-- BERNAMA