awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu

Bernama
Bernama
29/11/2023
15:05 MYT
Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkata ia menunjukkan Sabah merupakan tempat yang selamat untuk dikunjungi dan menjalankan perniagaan, sambil berharap lebih ramai rakyat British akan mengunjungi Negeri Di Bawah Bayu itu.
"Susulan penilaian keselamatan terkini oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Sabah, Polis Diraja Malaysia telah memberi jaminan tahap keselamatan di Sabah adalah terkawal.
"Perintah berkurung telah ditarik balik. Sabah adalah selamat untuk dikunjungi dan melakukan perniagaan," katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah lebih 150,000 pelancong asing telah melawat pantai timur Sabah dari Januari hingga September tahun ini.
Ketua Menteri berharap negara lain yang telah mengeluarkan nasihat perjalanan akan mengambil petunjuk daripada keputusan kerajaan UK.
Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia dalam kenyataan memaklumkan kemas kini itu adalah hasil semakan rapi oleh Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan UK (FCDO) serta mewakili perubahan besar pertama dalam nasihat perjalanan UK bagi Sabah sejak 2013.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#United Kingdom
#tukar nasihat perjalanan
#warga british
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan