[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Sabah beralih ke Fasa 3 PPN Isnin depan - Masidi

Astro Awani 15/10/2021 | 10:42 MYT
Masidi berkata, daripada 720 kes harian, sebanyak 253 kes berpunca daripada saringan bergejala.
KUALA LUMPUR: Sabah akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin depan (18 Oktober 2021), kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Jurucakap Kerajaan Sabah Berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peralihan itu selepas Sabah melepasi syarat-syarat ditetapkan.
Dengan peralihan itu, beberapa lagi aktiviti ekonomi dan sosial akan dibuka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas mengenai kes harian di Sabah, Masidi berkata kes harian akan melalui trend ýo-yo' iaitu turun dan naik.
"Pada hari ini, kes baharu yang berpunca daripada saringan bergejala adalah sebanyak 253 kes atau 35.14 peratus.
"Ini satu petanda bahawa tahap pematuhan SOP dalam kalangan penduduk belum memuaskan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Walaupun agak sukar untuk meramalkan trend perubahan kes bagi daerah-daerah di Sabah dalam masa terdekat tetapi jelas Masidi, trend kumulatif jangkitan dalam tempoh 14 hari menampakkan trend menurun.
Selain itu, katanya, daripada 720 kes, 96.25 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala tujuh kes melibatkan kategori 3, 4 dan 5.
#Masidi Manjun #Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara #PPN #Sabah beralih Fasa #trend penurunan