MALAYSIA
Sabah cadang beri subsidi pembayaran pinjaman PTPTN, Yayasan Negeri - Hajiji

Hajiji berkata dasar itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dan akan dibawa ke Kabinet Sabah dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama
PENAMPANG: Kerajaan Sabah bercadang memperkenalkan dasar pemberian subsidi bagi pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Sabah untuk membantu meringankan beban hutang pinjaman pendidikan anak negeri itu.
Ringkasan AI
- Kerajaan Sabah bercadang memperkenalkan subsidi pembayaran pinjaman PTPTN dan Yayasan Sabah untuk membantu lebih 100,000 pelajar negeri itu mengurangkan beban hutang pendidikan.
- Dasar ini akan dibawa ke Kabinet Sabah untuk diperhalusi, selaras dengan komitmen kerajaan negeri yang telah membelanjakan lebih RM1.3 bilion dalam bidang pendidikan sejak 2021.
- Sabah turut menyediakan dana biasiswa tertinggi sejak Merdeka sebanyak RM136 juta tahun ini, serta pelbagai inisiatif lain termasuk subsidi penerbangan dan bantuan SENTOSA untuk pelajar.
"Kerajaan negeri memberi penekanan serius kepada soal pendidikan dan pembangunan modal insan kerana kita yakin golongan muda cerminan kepada masa hadapan Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Mahasiswa Sabah di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta lebih 100 mahasiswa dari seluruh Sabah.
Hajiji berkata sejak 2021, lebih RM1.3 bilion dibelanjakan dalam bidang pendidikan, dengan jumlah itu merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah Sabah, sekali gus memperlihatkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap generasi muda.
"Kerajaan negeri juga menyediakan dana biasiswa tertinggi sejak Merdeka iaitu RM136 juta tahun ini yang memberi manfaat ribuan pelajar daripada pelbagai peringkat pengajian. Lebih 14 inisiatif telah diperkenalkan antaranya subsidi penerbangan dan bantuan SENTOSA untuk anak kita sambung belajar," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami