Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Sabah cadang gubal enakmen baharu permudah urusan hartanah - Hajiji

Bernama 20/11/2025 | 08:55 MYT
Hajiji (tengah) menyaksikan majlis penyerahan geran subsidiari 1Borneo kepada USIA oleh Jabatan Tanah dan Ukuran Sabah di Menara Kinabalu, hari ini. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memperkenal satu enakmen baharu bagi memudahkan urusan jual beli dan pengurusan hartanah sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diberi mandat untuk menerajui semula pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Sabah akan menubuhkan enakmen baharu untuk memudahkan urusan jual beli hartanah jika GRS menang dalam PRN Sabah ke-17.
  • Tujuan langkah ini adalah untuk atasi halangan teknikal yang melambatkan proses pertukaran hak milik hartanah.
  • Penyerahan geran subsidiari 1Borneo menunjukkan komitmen kerajaan GRS dalam mempercepat pengeluaran hak milik strata, walaupun masih terdapat cabaran teknikal yang perlu diselesaikan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata langkah itu penting bagi menangani halangan teknikal yang sering melambatkan proses urusan tanah dan pertukaran hak milik hartanah.

"Beberapa peraturan sedia ada sudah terlalu lama digunakan dan tidak lagi sesuai, justeru perlu digubal semula bagi mempercepat urusan antara pembeli, pemilik tanah dan pihak berkaitan.

"Kadang-kadang enakmen yang ada tidak lagi berapa sesuai kerana sudah lama, berpuluh-puluh tahun. Jadi kita perlu gubal untuk memudahkan lagi pembeli dan juga pemilik tanah, hartanah ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan penyerahan geran subsidiari 1Borneo kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji dalam ucapannya bersyukur kerana penyerahan 1,974 geran subsidiari, yang ditunggu-tunggu pemilik dan pembeli kedai rumah di 1Borneo, akhirnya dapat direalisasikan.

Beliau berkata penyerahan itu membuktikan kesungguhan kerajaan GRS dalam usaha mempercepat pengeluaran hak milik strata, walaupun terdapat beberapa kekangan teknikal yang masih perlu diselesaikan.

"Yang jelas bahawa kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah melakukan terbaik untuk membantu USIA dan juga pemilik atau pembeli hartanah di 1Borneo," katanya.

Beliau berkata perkembangan itu turut menunjukkan kerajaan Sabah sentiasa komited menyelesaikan isu berkaitan urusan tanah dan hartanah termasuk mencadangkan satu enakmen baharu bagi memudahkan lagi urusan antara pemaju dan pemilik.

1Borneo Hypermall memiliki empat blok kediaman merangkumi 910 geran strata, 21 geran bagi 2,300 tempat letak kereta berbumbung dan 1,043 geran komersial termasuk empat hotel dengan mempunyai 929 bilik.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama Kerajaan Sabah ingin memperkenalkan enakmen baharu berkaitan jual beli dan pengurusan hartanah?
    A: Kerajaan Sabah ingin memperkenalkan enakmen baharu bagi memudahkan urusan jual beli dan pengurusan hartanah untuk mengatasi halangan teknikal yang melambatkan proses urusan tanah dan pertukaran hak milik hartanah.
  • Q: Mengapa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyatakan perlunya pembaharuan enakmen berkaitan hartanah di Sabah?
    A: Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan perlunya pembaharuan enakmen berkaitan hartanah di Sabah kerana beberapa peraturan sedia ada sudah terlalu lama digunakan dan tidak lagi sesuai, memerlukan penyesuaian untuk mempercepat urusan antara pembeli, pemilik tanah, dan pihak berkaitan.
  • Q: Apa yang menjadi tumpuan penyerahan geran subsidiari 1Borneo kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah?
    A: Penyerahan geran subsidiari 1Borneo kepada USIA bertujuan untuk mempercepat pengeluaran hak milik strata bagi 1,974 geran subsidiari yang ditunggu-tunggu oleh pemilik dan pembeli kedai rumah di 1Borneo.
  • Q: Berapakah jumlah geran strata yang dimiliki oleh 1Borneo Hypermall?
    A: 1Borneo Hypermall memiliki empat blok kediaman merangkumi 910 geran strata, 21 geran tempat letak kereta berbumbung, dan 1,043 geran komersial termasuk empat hotel dengan 929 bilik.
  • Q: Apakah yang ditunjukkan oleh penyerahan geran subsidiari 1Borneo kepada USIA dalam konteks usaha kerajaan GRS?
    A: Penyerahan geran subsidiari 1Borneo kepada USIA menunjukkan kesungguhan kerajaan GRS dalam mempercepat pengeluaran hak milik strata dan komitmen kerajaan Sabah dalam menyelesaikan isu berkaitan urusan tanah dan hartanah melalui tindakan membantu pemilik atau pembeli hartanah.


#Hajiji Noor #PRN Sabah #enakmen baharu #urusan jual beli hartanah