awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah dipilih tuan rumah HPPNK 2025

Pia Ernadya
Pia Ernadya
12/06/2025
09:15 MYT
Sabah dipilih tuan rumah HPPNK 2025
Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan faktor muka bumi, cuaca serta tanah yang subur, menjadikan negeri berkenaan sesuai untuk pembangunan pertanian berskala besar. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Sabah dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 kerana potensinya yang besar dalam pembangunan sektor pertanian.

Ringkasan AI
  • Sabah dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 kerana potensi besar dalam sektor pertanian, dengan faktor muka bumi, cuaca dan tanah subur sebagai kelebihan utama.
  • HPPNK 2025 akan berlangsung di Sabah International Convention Centre dari 1 hingga 3 Ogos, dengan tema Kudrat Kami Menjamin Pertiwi sempena ulang tahun ke-50 penganjurannya.
  • Acara ini menyasarkan 500,000 pengunjung dan jualan RM100 juta, dengan tarikan seperti jualan Agro Madani Mega, pameran teknologi serta pelbagai aktiviti interaktif berkaitan agromakanan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan faktor muka bumi, cuaca serta tanah yang subur, menjadikan negeri berkenaan sesuai untuk pembangunan pertanian berskala besar.
“Kita nampak Sabah adalah negeri yang kita nak memperkembangkan sektor pertanian ini secara lebih besar pada masa akan datang.
“Keadaan muka bumi, cuaca dan tanahnya yang subur menjadikan Sabah pilihan utama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Prapelancaran HPPNK 2025 di Putrajaya, hari ini.
HPPNK 2025 akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 1 hingga 3 Ogos depan.
Menurut Mohamad, tema sambutan tahun ini, ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’, dipilih bersempena ulang tahun Jubli Emas HPPNK yang menandakan 50 tahun penganjurannya sejak 1975.
“Tema ini mengangkat semangat, dedikasi dan tanggungjawab para peladang, penternak dan nelayan. Ia cukup menyentuh jiwa,” katanya.
Tambah beliau, HPPNK 2025 menyasarkan kehadiran sekitar 500,000 pengunjung serta jumlah jualan mencecah RM100 juta.
“Salah satu tarikan utama ialah jualan Agro Madani Mega yang mengetengahkan lebih 300 menu makanan tempatan, termasuk makanan popular Sabah dan hidangan tular masa kini.
“Pelbagai pameran teknologi dan aktiviti interaktif turut disediakan bagi menampilkan kemajuan sektor agromakanan negara,” jelas beliau.
Topic Berkaitan
#Sabah
#HPPNK
#Mohamad Sabu
#Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan