TAWAU: Sabah akan mengkomersialkan varieti baharu avocado iaitu QAV 3 dan buah tarap (QTRP 1) hasil penyelidikan yang dijalankan di Stesen Penyelidikan Pertanian Quoin Hill di sini sejak 20 tahun lepas.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Jeffery Kitingan berkata, penghasilan varieti itu membawa impak baik kepada perkembangan pertanian negeri termasuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengusaha pertanian ke arah mempelbagaikan penghasilan produk tanaman secara komersial dan berkualiti di Sabah.
"Kedua-dua varieti ini boleh ditanam secara komersial dan jangka matang lebih cepat, antara ciri istimewa tanaman bagi QAV 3 ialah dapat mengeluarkan buah seawal dua tahun dan mampu menghasilkan 10 hingga 15 tan buah setahun serta harga pasaran boleh mencecah RM20 satu kilogram, dan enak.
"Bagi QTRP 1 pula, pokok tarap yang sihat akan mula mengeluarkan buah selepas empat hingga lima tahun penanaman dan satu pokok tarap mampu menghasilkan sehingga 100 biji buah yang lebih besar, enak serta harga pasaran boleh mencecah RM25 hingga RM30 sebiji," katanya.
Jeffery yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit Quoin dan pelancaran varieti QAV 3 dan QTRP 1 di sini hari ini.
Beliau turut berharap Jabatan Pertanian Sabah melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi terus berusaha menghasilkan pelbagai penemuan varieti yang mampu membantu masyarakat tani di negeri ini bagi meningkatkan taraf sosioekonomi.
Sementara itu katanya, Sabah merekodkan 478,154.032 tan metrik eksport pelbagai hasil tanaman dengan nilai RM22.2 bilion pada tahun lepas.
"Walaupun tahap kecukupan makanan bagi sayur-sayuran di Sabah hanya mencapai 86 peratus iaitu 41,490 tan pengeluaran tempatan, kita juga mengeksport 943.44 tan sayur-sayuran dengan nilai RM3.72 juta ke Brunei Darussalam pada tahun lepas.
"SSL (tahap sara diri) bagi buah-buahan tempatan adalah 117 peratus dengan pengeluaran 123,132 tan dan Sabah mampu mengeksport sebanyak 22,105 tan bernilai RM52.05 juta, daripada jumlah itu eksport Pisang Sabah mendominasi pasaran buah-buahan ke Semenanjung dan Brunei sebanyak 20,258.4 tan (91.6 peratus) bernilai RM42.06 juta," katanya.
Sementara itu dalam sidang media, Jeffery berkata kawasan stesen penyelidikan pertanian yang terdapat di negeri ini berpotensi dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Jeffery Kitingan berkata, penghasilan varieti itu membawa impak baik kepada perkembangan pertanian negeri termasuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengusaha pertanian. - Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.
Mohamad Sabu bertemu Menteri Pertanian Sabah esok, bincang penanaman padi skala besar
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Dr J
Raikan Pesta Kaamatan secara bersama seluruh rakyat Malaysia - Jeffrey
Pesta Kaamatan wajar diraikan secara bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan tidak terhad diraikan penduduk Sabah semata-mata.
Air Pasang Merah: Kerajaan Sabah larang sementara semua aktiviti libatkan kerang-kerangan
Kerajaan Sabah mengambil langkah termasuk melarang sementara aktiviti penuaian, penjualan dan memakan kerang-kerangan dari kawasan yang terkesan dengan air pasang merah.
Politik Sabah: Bung Moktar digugurkan dari kabinet
Jawatan Timbalan Ketua Menteri I kini disandang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
"Kita harap satu hari nanti jawatan PM, TPM dari Sabah dan Sarawak" - Jeffrey
Penambahan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak merupakan satu pengiktirafan kepada kedua-dua negeri itu yang membantu dalam usaha pembentukan Malaysia.
Gaji ADUN Sabah antara terendah di Malaysia - Jeffrey Kitingan
Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah disifatkan wajar susulan ia merupakan antara yang terendah di Malaysia.
Jawatankuasa khas Sabah bentang laporan pendataan digital PATI 27 Jun ini
Kerajaan negeri Sabah sedang dalam proses mengumpul data semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.
Segera adakan sesi libat urus tangani isu PTI Sabah - Chan Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, sesi tersebut perlu melibatkan semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu, tanpa mengira parti politik.
Projek PFA di Sabah mampu tangani masalah pencemaran disebabkan babi
Projek itu akan dibangunkan di atas sebuah tanah 202 hektar di Tongod, lengkap dengan teknologi moden.