awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah lancar konsep Rumah Mesra SMJ 29 September ini

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2022
11:58 MYT
Sabah lancar konsep Rumah Mesra SMJ 29 September ini
Katanya, kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju jaya (SMJ).
"Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta meliputi ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Pelancaran Model Rumah Mesra SMJ itu adalah bersempena dua (2) tahun pemerintahan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.
“Pembinaan Rumah Mesra SMJ yang berkonsepkan Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) ini adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah dalam kalangan rakyat dalam kategori miskin.
“Kebajikan rakyat adalah keutamaan Kerajaan GRS-BN. Atas sebab itu, saya sering tegaskan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan dasar dan program kerajaan perlu berorientasikan kesejahteraan rakyat, dan golongan miskin tidak akan sesekali dipinggirkan,” katanya
Topic Berkaitan
#Rumah mesra SMJ
#Hajiji Noor
#Bantuan miliki rumah
#rumah mampu milik
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan