awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malaysia tumbangkan Tajikistan di saat akhir
GADGETS
Microsoft batal beberapa permainan Xbox, tutup studio
MALAYSIA
KPN, NEAC teroka kerjasama strategik kukuh perpaduan nasional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia

Bernama
Bernama
02/07/2025
12:00 MYT
Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini melancarkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC), pusat pertama seumpamanya di Malaysia yang dibiayai oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). - Foto Facebook Hajiji Noor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini melancarkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC), pusat pertama seumpamanya di Malaysia yang dibiayai oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Beliau berkata SDCC dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi terkini termasuk sistem persidangan video dan pangkalan data komprehensif untuk pengumpulan dan penganalisisan maklumat berkaitan bencana.
"Pusat bernilai RM750,000 itu mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan, dibangunkan bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan SDCC ini akan memastikan tindakan yang lebih pantas dan tersusun ketika berlaku bencana," katanya ketika berucap merasmikan SDCC di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Hajiji berkata SDCC yang terletak di Tingkat 4, Blok A, Menara Kinabalu akan berfungsi sebagai platform bersepadu bagi menyelaras tindakan agensi keselamatan dan penyelamat, NGO serta badan penyelidikan semasa bencana.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Ariffin Arif; Timbalan Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun; dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Mohd Yusoff Samad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#SDCC
#pusat kawalan bencana
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami