KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya persefahaman serta hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan semua tuntutan Sabah dipenuhi sekali gus dilaksanakan.
Hajiji berkata beliau percaya isu hak dan kepentingan negeri yang melingkari hubungan kerjasama antara kerajaan Sabah dan Persekutuan selama ini akan dapat ditangani melalui perundingan serta muafakat atas semangat Keluarga Malaysia.
"Dalam Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pada 8 Sept lalu, saya telah mengulangi Sabah akan tanpa henti menuntut 40 peratus pulangan daripada hasil bersih Sabah sendiri yang dikutip kerajaan Persekutuan seperti ditetapkan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat Sabah di sini malam tadi.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Hajah Norlidah R.M. Jasni merupakan tetamu kehormat sambutan berkenaan.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah dan Datuk Dr Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M. Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.
Lebih 5,000 masyarakat Sabah berbilang kaum menghadiri sambutan Hari Malaysia yang berlangsung di Padang Merdeka di sini dengan pelbagai acara menarik diadakan termasuk tayangan montaj dan persembahan khas 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' daripada Lembaga Kebudayaan Sabah.
Sambutan itu turut dihiasi dengan pertunjukan bunga api serta pelbagai acara termasuk persembahan kebudayaan, memotong kek sempena sambutan Hari Malaysia oleh Tun Juhar dan penyerahan Jalur Gemilang oleh peserta Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022.
Hajiji berkata Sabah telah melangkah jauh sejak pengisytiharan bersejarah Malaysia pada 16 Sept 1963, walaupun masih banyak ruang untuk penambahbaikan dalam konteks pembangunan di bawah semangat MA63.
Mengenai Hari Malaysia, Hajiji berkata 16 Sept merupakan tarikh bersejarah kepada seluruh rakyat untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
"Marilah kita bersama-sama mempertahankan keamanan dan perpaduan dikecapi ini hingga ke generasi akan datang", katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memotong kek Hari Malaysia 2022 sempena sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah di Padang Merdeka Kota Kinabalu. - Foto BERNAMA
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.
"Prestasi negeri Selangor merosot selepas saya tinggalkan jawatan MB" - Azmin
Kerjasama baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dijalin oleh pentadbiran Selangor.
Pembangunan Johor selari dengan kerajaan Pusat - Onn Hafiz
Kerajaan Johor membayangkan pembangunan negeri ini akan seiring dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan agenda kemajuan negeri dari pelbagai sudut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Sarawak hargai sedikit kebebasan, bincang masalah secara muhibbah - Abang Jo
Sarawak berharap sebarang perbezaan pendapat antara negeri itu dengan kerajaan Persekutuan dapat diselesaikan secara muhibbah dalam semangat kekeluargaan.