KOTA KINABALU: Sabah memerlukan kestabilan politik dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat bagi memastikan negeri ini maju, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka bertitah Sabah merupakan sebuah negeri yang amat besar, justeru kestabilan politik dan perpaduan rakyat adalah acuan penting untuk negeri itu dimajukan dengan sebaiknya dan tanpa semua itu, usaha memajukan Sabah tidak akan dapat direalisasikan.
Al-Sultan Abdullah bertitah sepanjang Kembara Kenali Borneo, Seri Paduka mendengar pelbagai suara daripada rakyat Sabah terutama melibatkan kemajuan negeri, malah berseloroh dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam perjalanan itu untuk menjadi "tukang catit" apa disuarakan rakyat negeri ini.
"Kecantikan bukit ini, ladang ini semua ada dalam buku kita (dicatit) ada juga aduan yang kita tulis. Ada juga bukan aduan. Mudah-mudahan pandangan saya mengenai jalan raya, bekalan air dan elektrik juga pandangan lain di Sabah dapat diusahakan.
"Saya ketengahkan, bila jumpa PM (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya suarakan apa yang patut disuarakan," titah Seri Paduka pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah Sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam tadi.
Turut berangkat pada majlis itu Tunku Azizah.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim Haji M Yahya.
Al-Sultan Abdullah juga meminta pihak terlibat supaya melihat kepada isu jambatan di kawasan Sungai Liwagu yang menurut Seri Paduka mempunyai kawasan cantik tetapi jambatan 'pecah dua' yang menyukarkan penduduk kampung untuk melintas.
Seri Paduka bertitah Kembara Kenali Borneo juga memberi peluang untuk Seri Paduka meninjau sendiri pembangunan Lebuhraya Pan Borneo yang mampu memberi manfaat kepada rakyat Sabah selain membuka peluang lebih banyak kemajuan projek infrastruktur impak tinggi di sepanjang laluan.
"Kerajaan beri tumpuan (Lebuhraya Pan Borneo) jadi 'game changer' (pengubah keadaan) di Sabah. Kesejahteraan mereka di kawasan pedalaman dapat diberikan dan dapat dimajukan dengan lebih pantas," titah Seri Paduka.
Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah Kembara Kenali Borneo merealisasikan hasrat baginda untuk mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat di Sabah dan Sarawak terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
"Saya dijemput selalu di Kota Kinabalu dan Kuching, tetapi di luar ini tidak pernah jejak, jadi saya fikir umur pun dah meningkat saya cuba melihat dan kenal rakyat pelosok Sabah. Saya jumpa, salam rakyat hulur tangan tanpa mengira latar belakang kerana bagi saya semua sama, kita rakyat Malaysia.
"Saya dapat realisasikan di Sabah. Saya sudah memandu sendiri 759 kilometer, alhamdulillah pinggang saya masih kuat lagi. Saya tak nak mengadu jalan raya di sini. Harap dapat akhiri (keseluruhan) 985 kilometer di Sabah. Saya terharu dengan layanan mesra orang Sabah," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah turut berkongsi cerita lucu sepanjang kembara itu apabila ada rakyat yang memanggil Seri Paduka dengan nama 'pakcik Agong', dan 'abang Agong', malah memanggil Tunku Azizah sebagai 'Datin Permaisuri'.
"Ada juga panggil saya Gong-Gong, ini semua hiburkan hati saya juga. Ada puji isteri saya (Tunku Azizah) cantik. Ini semua tidak dapat saya lupakan dan rakyat Sabah akan kekal berada dalam hati saya untuk selamanya," titah Seri Paduka.
Seri Paduka berdua kini berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Yang di-Pertuan Agong berkenan mencuba tarian tradisional suku kaum Murut iaitu Tarian Magunatip pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di SICC, Kota Kinabalu, malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Kerjasama PH-BN wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang - PM Anwar
Kerjasama di antara PH dan BN wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang berikutan kestabilan politik yang dinikmati negara ketika ini.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan
Akta Antilompat Parti wajar dikaji semula bagi mengatasi kelompongan sedia ada sekali gus menghalang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri melompat ke parti lawan.
Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM
Kestabilan politik dan dasar jelas yang dipegang oleh kepimpinan Sarawak telah membolehkan negeri itu bangkit sebagai gergasi ekonomi baharu di Malaysia.
Tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 - Saarani
Saarani mengumumkan penambahan tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti serta Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Agong tidak akan layan agenda gugat kestabilan politik
Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.
Bersih sokong Akta Penggal Tetap Parlimen, dapat jamin kestabilan politik
Bersih menyokong penggubalan Akta Penggal Tetap Parlimen yang dapat menjamin penggal Parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu sehingga 18 Disember 2027 sekali gus memastikan kestabilan politik negara
RUU kekalkan kerajaan sehingga akhir penggal penting untuk kestabilan politik - Ahmad Maslan
Cadangan mewujudkan rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal, penting bagi menjamin kestabilan politik negara.