awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah peruntuk RM9 juta selesaikan masalah banjir di Kinarut

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
08/02/2021
08:27 MYT
Sabah peruntuk RM9 juta selesaikan masalah banjir di Kinarut
Hajiji berharap dengan pembesaran dan pendalaman sungai ini maka isu banjir yang kita hadapi di kawasan ini setiap kali hujan, mungkin tidak akan berlaku lagi - Astro AWANI
KINARUT:Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan RM9 juta bagi menyelesaikan masalah banjir di daerah Kinarut.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika ditemui dalam sidang media pada Isnin berkata, ia bertujuan untuk mendalamkan dan memperbesarkan lagi Sungai Kinarut.
"Kita dapati bahawa setiap kali musim hujan sungai ini akan banjir (melimpah) dan pekan Kinarut juga akan dinaiki air sekurang-kurangnya satu atau dua kaki.
"Saya berharap dengan pembesaran dan pendalaman sungai ini maka isu banjir yang kita hadapi di kawasan ini setiap kali hujan, mungkin tidak akan berlaku lagi," ujar beliau.
Hajiji turut berkata bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah komited untuk turun padang dan melihat permasalahan yang dihadapi rakyat, terutama di kawasan Kinarut ataupun pekan Kinarut, dan mencari jalan penyelesaiannya.
"Kita akan melihat keperluan dan juga keutamaan masing-masing, sungai-sungai yang tertentu yang mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat setiap kali kita menghadapi musim hujan," jelas beliau ketika ditanya jika sungai-sungai lain turut terlibat.
Projek melibatkan sungai sepanjang 3 kilometer itu akan diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan akan dimulakan dalam masa terdekat.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri
#Sabah
#maalah banjir
#banjir
#sungai kinarut
#Kinarut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan