awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah rekod 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari hingga kini - Pengarah Bomba

Bernama
Bernama
13/03/2024
23:40 MYT
Sabah rekod 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari hingga kini - Pengarah Bomba
Jumlah kes harian pada Rabu menyaksikan sebanyak 40 kes kebakaran terbuka direkodkan melibatkan kawasan seluas 95.29 hektar merangkumi belukar, lalang, hutan, kebun, ladang. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari lalu hingga semalam.
Pengarahnya Abdul Razak Muda dalam kenyataan malam tadi berkata jumlah direkodkan itu melibatkan kes kebakaran belukar, lalang, kebun, ladang, hutan, gambut di seluruh Sabah.
Beliau berkata Tuaran adalah antara tujuh daerah merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka paling tinggi iaitu 207 kes; diikuti Kota Kinabalu (165); Kota Belud (136); Penampang (60); Kuala Penyu (56); Kimanis (55) dan 50 kes di Papar.
"Hari ini, jumlah kes harian menyaksikan sebanyak 40 kes kebakaran terbuka direkodkan melibatkan kawasan seluas 95.29 hektar merangkumi belukar, lalang, hutan, kebun, ladang," katanya.
Beliau berkata daripada jumlah itu juga kebakaran belukar dan lalang melibatkan keluasan 56.85 hektar, hutan (32.37 hektar) manakala kebun dan ladang sebanyak 6.07 hektar.
-- BERNAMA
Dapatkan tips menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Sabah
#kebakaran terbuka
#bomba
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan