KOTA KINABALU: Sabah menyasarkan kedatangan 2.8 juta pelancong tahun depan yang dijangka dapat menjana pendapatan sebanyak RM5.6 bilion, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata sasaran itu didorong oleh perancangan kementeriannya dalam mempergiatkan penganjuran acara ikonik yang diiktiraf antarabangsa di negeri ini.
"Ia khususnya untuk menghidupkan semula acara-acara yang menjadi ikonik kepada negeri ini suatu ketika dulu seperti Mount Kinabalu Climbathon, dan juga Sabah Fest," katanya menggulung perbahasan Belanjawan Sabah 2024.
Beliau berkata kedatangan pelancong ke Sabah juga amat memberangsangkan dengan ketibaan 1.88 juta pelancong yang menjana anggaran perbelanjaan pelancongan RM3.95 billion untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
"Ini merupakan satu peningkatan yang amat baik dengan kadar pertumbuhan sebanyak 58.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Peningkatan yang ketara ini didorong oleh jumlah penerbangan ke negeri ini yang kian pulih," katanya.
Liew berkata pada masa ini terdapat 317 penerbangan domestik, dan 98 penerbangan antarabangsa terus ke Kota Kinabalu melibatkan 13 destinasi antarabangsa dalam tempoh seminggu.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Ellron Angin ketika menggulung perbahasan sama berkata dalam membangunkan sukan berprestasi tinggi di negeri ini, Sukan Sabah (SAGA) Ke-10 akan diadakan bermula 16 hingga 22 Dis ini.
Beliau berkata sebanyak 22 jenis sukan dipertandingkan melibatkan 3,110 atlet dan pegawai dalam temasya sukan terbesar di Sabah itu yang diadakan di empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran, dan Keningau.
Katanya sebanyak 182 pingat emas, 182 pingat perak dan 262 pingat gangsa akan menjadi rebutan dalam 103 acara kategori lelaki, 75 acara untuk kategori wanita dan empat acara bagi kategori campuran.
"Sukan Sabah merupakan platform kepada ahli sukan atau atlet daripada 28 daerah di seluruh negeri Sabah bertanding sebelum dikenal pasti dan dipilih mewakili negeri ini antaranya untuk menyertai Sukan Malaysia atau SUKMA 2024 Sarawak yang akan berlangsung pada Ogos tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Liew berkata sasaran itu didorong oleh perancangan kementeriannya dalam mempergiatkan penganjuran acara ikonik yang diiktiraf antarabangsa di negeri ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Sabah tingkat sasaran kedatangan pelancong kepada 3 juta tahun ini
Peningkatan industri pelancongan Sabah mencatat pulangan kira-kira RM4.6 bilion menerusi kedatangan lebih kurang 2.5 juta pelancong sepanjang 2023.
Sabah sasar 2.8 juta pelancong, jana RM5.6 bilion tahun depan
Sabah menyasarkan kedatangan 2.8 juta pelancong tahun depan yang dijangka dapat menjana pendapatan sebanyak RM5.6 bilion, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Perkasa pelancongan komuniti, semai budaya niaga penduduk
Experiential tourism ialah konsep pelancongan yang memberikan pengalaman menarik kepada pelancong dan semakin popular di seluruh dunia.
UTeM sasar kutip RM5 juta jual nombor plat eksklusif
Lima kategori nombor kenderaan eksklusif iaitu bronze, silver, gold, diamond dan platinum akan dibuka untuk bidaan bermula pada harga RM450 hingga RM30,000.
Normal baharu: Penjaja guna alternatif jana pendapatan meskipun tiada bazar Ramadan
Rata-rata peniaga dan penjaja sudah bersedia dengan cara alternatif mereka tersendiri bagi menjana pendapatan dan menyediakan juadah berbuka puasa serta sahur.
Selebriti terkenal giat bantu usahawan mikro melalui 'Power to Empower'
Usaha itu bagi memastikan kumpulan tersebut mampu menjana pendapatan dari rumah.
Orang Asli disaran ceburi sektor pelancongan di Melaka
Kerajaan negeri sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli melalui penjanaan pendapatan yang tetap dan stabil.
SSM perkenal Pelan Induk Skim Kepentingan
Skim itu berdaftar dan diiktiraf di bawah 'Financial Service Act 2013' sebagai satu daripada aktiviti pengumpulan deposit yang terkecuali daripada kawal selia di bawah akta itu.
Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan - MATA
Beliau berkata duti eksais sedia ada yang dikenakan ke atas rokok, arak dan sebagainya bertujuan mengelak rakyat daripada menghadapi masalah kesihatan.
20 projek infrastruktur baharu akan dilaksana tahun ini - Baru Bian
Ini termasuk projek-projek mega yang telah dirancang sebelum ini seperti 'Central Spine Road' di Semenanjung dan Lebuh Raya Pan Borneo.