awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah sedia pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
24/01/2024
10:47 MYT
Sabah sedia pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat
Hajiji berkata, inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma ini akan dilaksana melalui perkhidmatan bergerak menggunakan van khas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma buat rakyat di negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata, untuk permulaan ia akan dilaksanakan di 10 daerah.
"Kabinet Negeri Sabah telah bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat," katanya.
Beliau menambah inisiatif ini akan dilaksanakan melalui perkhidmatan bergerak menggunakan van khas yang dilengkapi peralatan perubatan canggih untuk sampai ke kawasan luar bandar.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu, pada Rabu
Sementara itu, Hajiji berkata, Kabinet juga telah meluluskan penubuhan Majlis Logistik Sabah.
"Majlis Logistik Sabah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya katanya akan meneliti penggubalan dasar, pengurusan dan pemantauan isu logistik di Sabah," tambah beliau.
Selain itu, katanya Kabinet pada mesyuarat hari ini juga bersetuju membenarkan penggunaan bahan binaan konvensional selain Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Beliau berkata, antara sebab kelewatan menyiapkan Rumah Mesra SMJ ialah kontraktor tidak dapat menjalankan projek menggunakan bahan IBS kerana isu kos.
“Dengan melonggarkan syarat, kami berharap pembinaan Rumah Mesra SMJ akan lebih cepat dan reka bentuk Rumah Mesra SMJ akan dikekalkan,” katanya dalam kenyataan sama.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Datuk Seri Hajiji Noor
#pemeriksaan kesihatan percuma
#Rumah mesra SMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan