MALAYSIA
Sabah serius teroka prospek Ekonomi Biru untuk lonjak pertumbuhan negeri - Hajiji
Hajiji berkata, Ekonomi Biru tidak hanya merangkumi sektor perikanan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai industri lain yang mempunyai prospek besar untuk berkembang seperti tenaga boleh baharu. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah kini memasuki fasa baharu dalam transformasi ekonomi berasaskan sumber marin menerusi inisiatif Ekonomi Biru yang dijangka membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat.
Ringkasan AI
Ekonomi Biru antara lain melibatkan pembangunan taman marin, pelabuhan ikan tuna, penternakan tumbuhan akuatik dan teknologi boleh baharu menerusi Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC) diyakini mampu mengubah landskap ekonomi negeri sekali gus menjadi peneraju utama bidang itu di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Ekonomi Biru merupakan inisiatif dirancang kerajaan Sabah yan bertujuan meneroka dan memanfaatkan potensi industri itu, yang kelak memberi manfaat kepada negeri dan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai projek.
"Kita telah mencadangkan untuk menubuhkan Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat, dan sekarang ini, kita telah pun berjaya memulakan program Ekonomi Biru dengan satu projek yang akan dilaksanakan iaitu pelabuhan tuna Sabah, di Kota Kinabalu.
"Satu perjanjian telah dimeterai antara satu syarikat tersenarai awam dengan kerajaan. Dalam inisiatif ini, kerajaan tidak mengeluarkan dana tetapi kita ada 30 peratus saham atau ekuiti dalam projek Ekonomi Biru ini," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama di kediaman rasmi beliau, baru-baru ini.
Hajiji berkata pembangunan pelabuhan bagi pendaratan ikan dan hasil laut dalam itu diiktiraf Kesatuan Eropah, yang berpotensi menjana nilai ekonomi sehingga RM1.8 bilion setahun sekali gus menjadi pelaburan strategik berimpak tinggi pertama dalam sektor Ekonomi Biru dengan nilai pelaburan mencecah RM360 juta.
Katanya Ekonomi Biru tidak hanya merangkumi sektor perikanan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai industri lain yang mempunyai prospek besar untuk berkembang seperti tenaga boleh baharu.
Menurut Hajiji, OTEC sedang giat diusahakan oleh kerajaan Sabah dan inisiatif itu diharap dapat memberi impak positif terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat Sabah.
"Kita juga tumpukan kepada penanaman rumpai laut kerana banyak boleh dilaksanakan di Sabah. Di Malaysia, lebih kurang 90 peratus tanaman rumpai laut sesuai dilaksanakan di Sabah," jelasnya.
Selain Ekonomi Biru, Hajiji berkata kerajaan Sabah juga sedang mengusahakan inisiatif Karbon Biru melalui pemeliharaan hutan bakau, sambil menjelaskan Sabah memiliki kawasan hutan bakau terbesar di Malaysia, dan kelebihan itu membuka peluang untuk negeri ini melaksanakan perdagangan karbon.
Beliau berkata Sabah juga telah mendapat fasiliti daripada institusi kewangan bagi memberi kemudahan pinjaman kepada para pelabur yang mahu terlibat dalam usaha membangunkan Ekonomi Biru Sabah.
"Inisiatif ini dijangka akan memberi impak positif dan memperkukuhkan lagi ekonomi Sabah pada masa hadapan," katanya.
Hajiji menekankan setiap projek pembangunan dilaksanakan menerusi Ekonomi Biru Sabah akan mematuhi peraturan digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), selain penglibatan masyarakat setempat juga adalah penting dalam usaha merealisasikan kejayaan insiatif itu.
Beliau berkata Ekonomi Biru Sabah juga akan dijadikan sebagai satu program nasional dengan Sabah menjadi peneraju utama inisiatif itu di masa akan datang.
"Saya amat yakin, inisiatif Ekonomi Biru ini akan melonjakkan ekonomi Sabah," kata beliau.
Pada Julai lepas, Hajiji memaklumkan Sabah dijangka menghasilkan sebanyak 491,000 tan hasil marin bernilai RM3.25 bilion setahun, seperti ikan dan udang menerusi Ekonomi Biru Sabah.
Pengeluaran hasil laut merupakan antara 14 komponen Ekonomi Biru yang boleh diterokai termasuk tenaga lautan boleh baharu, karbon biru, pelancongan, pengangkutan maritim dan bioteknologi marin.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sabah melancarkan inisiatif Ekonomi Biru untuk transformasi ekonomi berasaskan sumber marin, termasuk pembangunan taman marin dan pelabuhan ikan tuna, serta teknologi boleh baharu seperti Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC).
- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menekankan bahawa Ekonomi Biru akan membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dengan nilai pelaburan mencecah RM360 juta, serta memberi manfaat kepada rakyat melalui pelbagai projek.
- Selain itu, Sabah juga menggalakkan inisiatif Karbon Biru melalui pemeliharaan hutan bakau, dengan harapan inovasi ini akan memperkukuhkan ekonomi negeri pada masa hadapan dan mematuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).