awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah siap siaga hadapi banjir menjelang musim tengkujuh - Hajiji

Bernama
Bernama
05/11/2021
09:53 MYT
Sabah siap siaga hadapi banjir menjelang musim tengkujuh - Hajiji
Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri telah diarahkan agar bersiap siaga dan menyediakan logistik termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah. - Gambar fail/Sinar Harian
PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana ditingkatkan di seluruh negeri menjelang kedatangan musim Monsun Timur Laut, bulan ini.
Beliau berkata semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri telah diarahkan agar bersiap siaga dan menyediakan logistik termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah.
"Kerajaan negeri juga bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terutama dalam menyalurkan bantuan kewangan dan peruntukan pada waktu bencana ketika musim tengkujuh ini.
"Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia, yang menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran" katanya di Pusat Kebudayaan Sabah di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan wang tunai RM1,000 kepada 200 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir pada September lepas. Baki 737 ketua isi rumah akan menerima bantuan kewangan tersebut dalam tempoh dua minggu.
Sementara itu, Hajiji berkata program tebatan banjir di daerah itu sedang dijalankan.
"Kerajaan akan memastikan projek tersebut disiapkan dengan dua daripada tiga pakej tebatan banjir itu telah siap setakat ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim tengkujuh
#Sabah
#monsun timur laut
#Ketua Menteri
#Hajiji Noor
#PPS
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan