awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat

Bernama
Bernama
06/09/2020
13:41 MYT
Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat
Nancy berkata jumlah itu merangkumi 50 peratus daripada kutipan keseluruhan cukai pelancongan kerajaan pusat. - Gambar fail/BERNAMA
Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi 50 peratus daripada kutipan keseluruhan cukai pelancongan kerajaan pusat.
Bayaran kepada semua negeri telah dibuat termasuk Sarawak yang menerima lebih RM5 juta, katanya.
"Tahun ini, kementerian memperuntukkan RM100 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek pelancongan di Sarawak selain meluluskan peruntukan untuk negeri-negeri lain dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik selepas sektor pelancongan negara terjejas teruk oleh pandemik COVID-19," katanya kepada pemberita pada Program Lan Berambeh di Kampung Batu Kitang, dekat sini hari ini.
Beliau berkata lebih banyak peruntukan akan dipohon daripada kerajaan pusat di bawah rolling plan seterusnya bagi pelaksanaan program pemulihan pelancongan domestik di seluruh negara.
"Di Sarawak banyak produk pelancongan yang masih belum diteroka dan dimanfaatkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai pelancongan
#kerajaan pusat
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
#Nancy Shukri
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan