MALAYSIA

Sabah terus catat kes harian tertinggi COVID-19, ini 5 perkara penting sidang media KKM

Hilmi Malik 16/10/2020 | 11:42 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan, jumlah terkini kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 6,323 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Sebanyak 629 kes baharu COVID-19 telah direkodkan dalam tempoh 24 jam, di mana Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 489 kes.

Jumlah terkini kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 6,323 kes.

BACA: COVID-19: 629 kes baharu, enam kematian dilaporkan hari ini

Berikut merupakan lima perkara penting pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 16 Oktober:

1) 629 kes baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 18,758 kes.

2) Sabah catat negeri tertinggi kes harian COVID-19 sebanyak 489 kes.

3) Terdapat 245 kes pulih dilaporkan dengan kebolehjangkitan adalah 6,323 kes.

4) Enam kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah kematian di negara ini sebanyak 176 kes.

5) Tiga kluster baharu dikenal pasti dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan Kluster Merbok.

#Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #COVID-19 #koronavirus #Kluster baharu #sidang media KP Kesihatan #Sabah