awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah umum SOP 'total lockdown', ambil kira kesesuaian negeri

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
31/05/2021
07:10 MYT
Sabah umum SOP 'total lockdown', ambil kira kesesuaian negeri
Masidi berkata SOP pelaksanaan PKP itu terguna pakai di semua kawasan kecuali lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Sekatan Pergerakan Penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula esok.
SOP itu dilihat tidak banyak berbeza dengan SOP sekatan pergerakan penuh diumum Kerajaan Pusat semalam tetapi mempunyai beberapa perincian dan penyesuaian untuk negeri ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, operasi perniagaan makanan seperti restoran, kafe, kedai makan, trak makanan, penjaja tepi jalan, penjaja bergerak, medan selera, pusat penjaja dan kiosk adalah dibenarkan bagaimanapun terhad antara 7 pagi hingga 7 malam.
"Sementara hanya dua orang wakil isi rumah sahaja dibenarkan keluar bagi urusan membeli keperluan harian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula esok.
"Kebenaran itu juga tertakluk kepada semua kawasan yang dikenakan PKP dengan tidak melebihi 10 kilometer radius dari rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan.
Tegas Masidi, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan untuk berada di premis perniagaan atau tempat kemudahan awam kecuali perubatan, pendidikan atau kecemasan.
"Manakala hanya tiga individu termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan sementara kanak-kanak 12 tahun tidak dibenarkan berada di mana-mana premis, kecuali perubatan atau kecemasan.
"Individu berusia melebih 70 tahun adalah tidak digalakkan berada di kawasan-kawasan ini," katanya dalam kenyataan tatacara pelaksanaan PKP di Sabah yang bermula 1 hingga 14 Jun ini.
Sementara itu, Masidi berkata SOP pelaksanaan PKP itu terguna pakai di semua kawasan kecuali lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sementara itu, antara SOP yang turut diperkenalkan oleh kerajaan adalah pengangkutan awam dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam, pergerakan di laut dari jam 6 pagi hingga 6 petang manakala aktiviti keagamaan seperti solat Jumaat adalah tidak dibenarkan.
Topic Berkaitan
#PKP
#dua wakil isi rumah
#Sabah
#Masidi Manjun
#total lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan