awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabar, fahami konteks dan jangan terburu-buru lakukan komen provokasi kaum - Pakar

Azib Zikry
Azib Zikry
01/04/2024
05:00 MYT
Sabar, fahami konteks dan jangan terburu-buru lakukan komen provokasi kaum - Pakar
Dr Ryan Yumin Chua mencadangkan supaya lebih banyak usaha mempertemukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan latar belakang dilakukan.. -Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia seharusnya tidak memberi reaksi segera terhadap apa jua isu yang berkaitan dengan ketegangan kaum dan agama.
Pandangan itu disuarakan Pengarah Program Pusat Komas, Dr Ryan Yumin Chua, yang berkata sesetengah pihak akan cuba mengambil kesempatan memutarbelitkan fakta hingga isu berasaskan kaum menjadi lebih tegang.
“Sebagai rakyat Malaysia kita harus berhati-hati, jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan sentimen yang dimainkan sesetengah pihak.
“Ambil dan fikir secara rasional, mengapa beberapa pihak itu bertindak dengan cara sedemikian, ia amat penting dan perlu mengambil pendekatan yang lebih mendalam untuk memahami konteks sebelum melakukan reaksi,” katanya.
Jika bercakap soal kebanjiran kandungan yang mencetuskan provokasi terhadap ketegangan, beliau turut berpendapat penguatkuasaan undang-undang ialah jawapannya.
Namun, baginya, di dalam konteks isu ini, di dalam undang-undang sedia ada di Malaysia seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseseksaan adalah terlalu umum tanpa menggariskan secara tepat apakah perbuatan atau tingkah laku yang menjurus kepada ketegangan kaum.
“Antara isu yang kita hadapi kepada penggunaan undang-undnag ini, tiada definisi tepat isu perkauman.
“Apa sebenarnya ucapan yang boleh mencetuskan ketegangan dan kebencian kaum, kebanyakan undang-undang di negara kita, amat besar konteksnya dan ia boleh disalahgunakan (sesetengah pihak),” tambahnya.
Justeru, beliau mencadangkan supaya lebih banyak usaha mempertemukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan latar belakang dilakukan.
Ia adalah supaya usaha menyemai pemahaman dan bukannya perasaan kebencian hingga mencetuskan provokasi kaum.
Pandangan itu dikongsikannya dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Topic Berkaitan
#perpaduan
#kaum
#ketidakadilan kaum
#Malaysia
#Pusat Komas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan