MALAYSIA
Sabitan rogol dikembalikan, pembantu kontraktor dipenjara lapan tahun
Panel hakim membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekali gus mengetepikan keputusan awal Mahkamah Tinggi untuk membebas dan melepaskan Syazwan Afiq Shariff, 28. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengembalikan sabitan ke atas seorang pembantu kontraktor kerana merogol bekas teman wanitanya yang berusia 14 tahun dan memerintahkan dia untuk mula menjalani hukuman penjara lapan tahun berserta dua sebatan hari ini.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekali gus mengetepikan keputusan awal Mahkamah Tinggi untuk membebas dan melepaskan Syazwan Afiq Shariff, 28.
Azman yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu turut mengekalkan hukuman asal yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
Beliau mengeluarkan waran komital untuk Syazwan Afiq memulakan hukumannya hari ini.
Pada 1 April 2024, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman lapan tahun dan dua sebatan terhadap Syazwan Afiq selepas didapati bersalah merogol remaja itu di dalam bilik di rumahnya di Kg. Kubang Tuman, Kota Bahru, Kelantan pada 5 pagi, 15 Okt 2021.
Bagaimanapun, pada 15 Mei lepas, Mahkamah Tinggi membatalkan sabitan itu dan memerintahkan tertuduh dibebas dan dilepaskan.
Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Menurut fakta kes, mangsa telah dibawa ke bilik itu dan diberi sebiji pil yang menyebabkan dia menjadi lemah dan sakit kepala sebelum dirogol.
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim mewakili pendakwaan manakala peguam Wan Norfarhan Liyana Wan Baharuddin dan Roshayati Hassan mewakili Syazwan Afiq.
-- BERNAMA