awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2023
10:52 MYT
Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah
eluarga dan sahabat menghantar mereka ke Tanah Suci. - Foto Facebook Sabri Yunus
SHAH ALAM: Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, bersama isteri, Angeline Tan, 56, berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
Khabar gembira itu dimaklumkan oleh Sabri menerusi perkongsian di Facebook, yang turut memohon doa ramai agar dipermudahkan segala urusan sepanjang mereka menunaikan ibadah itu nanti.
"3.30 pagi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terima kasih anak-anak dan sahabat yang menghantar kami.
"Alhamdulillah, kami akan berangkat ke Jeddah pada tujuh pagi ini, syukur kami dijemput...," kongsinya di Facebook miliknya pada Ahad.
Dalam pada perkongsian itu, Angeline tampil manis dan cantik menggayakan tudung labuh dan jubah berwarna hitam.
Dia turut menerima pelbagai kata-kata positif dan semangat diberikan netizen kepadanya agar memperoleh umrah yang mabrur.
Menurut AzieZan Ahmad, dia berdoa kepada pasangan itu semoga selamat pergi dan kembali dari Tanah Suci.
"Semoga selamat pergi dan kembali serta mendapat umrah yang mabrur...Alhamdulillah," katanya.
Doa Zulkifli Ismail pula semoga pasangan berkenaan dipermudahkan segala urusan.
"Sentiasa diberikan kesihatan yang baik semasa menjalankan ibadah serta sentiasa di dalam lindungan Yang Maha Esa," katanya.
Pada 14 Oktober lalu pasangan ini bernikah, mereka dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sabri dan Ageline digandingkan buat kali pertama menerusi drama Pak Din KK pada 1992. Ketika itu, Angeline menganggapnya sebagai guru dalam lakonan.
Mereka kemudian meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sabri yunus
#Angeline Tan
#umrah
#Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan