AMPANG: Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas empat pertuduhan seksual terhadap dua remaja lelaki dalam siaran langsung di aplikasi Instagram, dua tahun lalu.
Hakim, Norhazani Hamzah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan agar Safiey, 29, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.
Semasa prosiding, Nurfadzlin berkata, permohonan itu dibuat kerana tertuduh akan didakwa semula di Pahang dan Johor Bahru.
"Ia disebabkan mangsa yang juga saksi dalam kes itu berada di dua negeri tersebut.
“Sekiranya perbicaraan dijalankan di sini, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang-alik,” katanya.
Sementara itu, peguam, Harjeet Singh Sidhu yang mewakili Safiey memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan itu kerana kes berkenaan berlangsung sejak sekian lama.
Hakim kemudiannya membatalkan kes berkenaan dan memerintahkan wang jaminan Safiey dikembalikan.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan pada Rabu untuk prosiding pendengaran bantahan awal Safiey terhadap dua daripada empat pertuduhan seksual yang dihadapinya.
Mengikut pertuduhan Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua remaja lelaki menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi, 9 Jun 2021.
Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu juga menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menggoyang-goyangkan payudara di hadapan mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15(a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Safiey ketika dihubungi berkata, selepas hampir tiga tahun turun naik mahkamah, dia bersyukur dengan keputusan mahkamah itu.
"Jika dituduh semula di Pahang dan Johor, saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, malah tetap akan melawan kes ini,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023
Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dengan dua remaja lelaki menerusi aplikasi Instagramnya di kediamannya di Bandar Baru Bangi pada 9 pagi, 9 Jun 2021. - Gambar fail
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Syarikat Safiey Ilias didenda di mahkamah miliki, jual produk kesihatan tidak berdaftar
Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap DSI Empire Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya Safiey Alias.