NATIONAL
Sah! KP SPRM letak jawatan pagi tadi - Ali Hamsa

Pengganti Ketua Pesuruhjaya SPRM akan dibincangkan dalam masa terdekat, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa. - Gambar fail
Pengganti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam mengesahkan peletakan jawatan Dzulkifli, berkata calon pengganti berada di peringkat perbincangan.
"Saya akan mengumumkannya dalam satu kenyataan rasmi," kata beliau selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.
Apabila ditanya sebab peletakan jawatan, Ali hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.
Dzulkifli berjumpa dengan Ali untuk menyerahkan surat letak jawatan sebelum mesyuarat bersama Dr Mahathir bermula.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami