SEPANG: Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska di Amerika Syarikat baru-baru ini, Muhammad Illaham Ishak, mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk turun sendiri ke kem lima bagi mendapatkan helikopter bertujuan membantu rakannya yang terperangkap akibat cuaca buruk ketika perjalanan turun dari puncak berkenaan, 28 Mei lepas.
Walaupun perlu mengambil risiko turun berseorangan mengharungi ribut dan salji tebal selama kira-kira 15 jam bagi mendapatkan bantuan kecemasan, beliau berkata tindakan itu perlu dilakukan segera memandangkan keadaan seorang lagi pendaki Zulkifli Yusuf ketika itu bertambah buruk dan mengalami kecederaan kaki.
"Saya turun ke bawah sebenarnya nak cari helikopter persendirian untuk pergi ambil Ajoi (Zulkifli) di Football Field (laluan landai sebelum puncak), tapi perkhidmatan tu tiada, hanya ada renjer sahaja dan mereka tidak dapat naik ke atas kerana cuaca buruk.
"Renjer lihat tangan dan kaki saya, mereka kata saya dah ada high-altitude pulmonary edema (paru-paru berair altitud tinggi atau HAPE) dan suruh saya turun segera dan tak boleh tunggu lama.
"Memang helikopter yang ada ketika itu sepatutnya ambil Ajoi melalui bucket, lepas itu ambil saya dan turun ke bawah tapi memandangkan keadaan cuaca yang buruk dan keadaan kesihatan saya, mereka buat keputusan untuk ambil saya dahulu dan bawa turun ke bawah," katanya kepada media ketika ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini tengah malam tadi.
Ketibaan beliau disambut laungan 'Allahu Akhbar' oleh keluarga dan rakan-rakan yang menunggu kepulangannya susulan tragedi yang berlaku ke atasnya dan dua lagi pendaki Malaysia itu selepas berjaya menawan puncak Gunung Denali pada 27 Mei lepas.
Muhammad Illaham yang juga Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia berkata sebaik sahaja berjaya dibawa turun, beliau terus dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami luka beku tahap tiga.
BACA: Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Menurutnya pada ketika itu beliau bimbang dengan keadaan Zulkifli dan Zainudin Lot, yang sedang berada di Football Field berketinggian 5,791 meter iaitu lokasi antara puncak Denali dan kem lima.
"Saya harap esok itu (29 Mei), helikopter boleh naik tapi rupanya tak boleh ambil mereka juga kerana cuaca buruk.
"Jumaat lepas (31 Mei), renjer dapat naik tapi semua terkejut kerana rupanya Ajoi dah tinggalkan kita dua hari awal. Saya betul-betul terkejut bila diberitahu oleh Wisma Putra," katanya.
Zulkifli dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi waktu tempatan 29 Mei lepas, semasa berlindung di dalam sebuah gua salji di Football Field dengan punca kematian disyaki akibat HAPE.
Jasadnya selamat dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi waktu tempatan 1 Jun lepas dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.
Muhammad Illaham turut melahirkan rasa kesyukuran kerana selamat daripada tragedi itu.
"Saya berserah diri kepada Allah sejak malam kejadian ribut di atas (gunung) dan sampai hari ini, banyak cabaran saya tempuhi. Sesungguhnya Allah yang membantu segalanya dan berkat doa keluarga dan kawan-kawan semua," katanya.
Muhammad Illaham bersama dua lagi rakan pendaki, Zainudin, 48, dan Zulkifli, 37, tiba di puncak Gunung Denali berketinggian 6,190 meter sekitar 11 malam 27 Mei (waktu tempatan).
Sebelum ini, Muhammad Illaham telah melakukan pendakian di beberapa puncak tertinggi seperti Gunung Kilimanjaro, Afrika; Gunung Elbrus, Rusia; Gunung Everest, Nepal; Gunung Aconcagua, Argentina dan Gunung Carstensz, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024
Muhammad Illaham berkata sebaik sahaja berjaya dibawa turun, beliau terus dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami luka beku tahap tiga. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Sahabat terkorban di gunung Alaska, pendaki negara dedah kisah yang berlaku
Peserta ekspedisi pendakian Gunung Denali, Alaska di Amerika Syarikat baru-baru ini, Muhammad Illaham Ishak, mendedahkan kejadian mengorbankan dua rakan.