awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sahol Hamid bakal beri ceramah di Universiti Oxford

Bernama
Bernama
24/06/2014
08:38 MYT
Sahol Hamid bakal beri ceramah di Universiti Oxford
Sahol Hamid bakal beri ceramah di Universiti Oxford
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar akan memberi ceramah tentang bagaimana melahirkan usahawan berjaya di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) bulan depan.
Beliau berkata beliau dijemput universiti terkemuka dunia itu sebagai penceramah dalam 'Entrepreneurial University Leaders Programme' yang bakal disertai wakil lebih 20 universiti dari seluruh UK pada 10 Julai ini.
"Saya telah dipelawa untuk memberi ceramah mengenai bagaimana UiTM dapat melahirkan usahawan berjaya. Saya merupakan satu-satunya penceramah yang dijemput dari UiTM dan ia menjadi suatu kebanggaan buat kami," katanya kepada pemberita selepas meraikan pemenang kejohanan debat seluruh Asia, di sini hari ini.
Beliau menyifatkan jemputan itu sebagai peluang untuk menaikkan nama UiTM di peringkat dunia.
"Ini juga adalah satu permulaan di mana Universiti Oxford telah mengiktiraf UiTM sebagai universiti yang berjaya melahirkan pelajar berpotensi tinggi," tambahnya.
Majlis itu meraikan empat pelajar UiTM yang menduduki antara 10 tempat terbaik dalam pertandingan debat berkenaan yang berlangsung 2 Jun lepas.
Topic Berkaitan
#Sahol Hamid Abu Bakar
#Universiti Oxford
#Universiti Teknologi MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan