[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Saifuddin Abdullah nafi sertai PKR esok

T K Letchumy Tamboo 14/09/2015 | 12:33 MYT
Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) esok. -Gambar fail
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) esok.
Dalam satu mesej WhatsApp kepada Astro AWANI, Saifuddin menulis ringkas, "Tidak, saya tidak (menyertai PKR). Terima Kasih."
Sebelum ini, khabar angin yang menyebut bahawa Saifuddin akan menyertai PKR tersebar luas.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bakal mengadakan sebuah sidang media esok untuk mengumumkan penyertaan seorang bekas pimpinan kanan parti komponen Barisan Nasional (BN) ke dalam PKR.
#BN #PKR #Rafizi Ramli #Saifuddin Abdullah