MALAYSIA
Saifuddin diperintah bayar RM670,000 kepada MB Kedah, Muhammad Sanusi
Saifuddin Nasution (kanan) diperintah untuk membayar membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 dan kos RM70,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi. - Gambar fail
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk membayar membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 dan kos RM70,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada Ahad.
Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee telah membenarkan tuntutan yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu terhadap Saifuddin, berhubung dakwaan Muhammad Sanusi mencuri unsur nadir bumi (REE) dan penyelewengan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Dalam keputusan penghakimannya, hakim menyatakan bahawa mahkamah telah membenarkan tuntutan plantif secara khusus keatas kenyataan berkaitan REE dan MARRIS yang telah dikeluarkan oleh defendan.
Mahkamah telah mendapati penggunaan perkataan pencuri memberikan impak jenayah kepada kenyataan berkenaan yang mana keseluruhan kenyataan itu bermula dengan imej operasi polis untuk menangkap pelaku kecuriaan REE.
Hakim Mohamad Johan Lee turut memaklumkan, mahkamah turut mendapati kenyataan berkaitan MARRIS juga merujuk kepada plaintif dengan maksud menfitnah melalui frasa menyalahi semua tata kelola kewangan kerajaan.
Kenyataan itu dengan jelas jelas mengimputasikan plaintif melakukan salah urus kewangan yang, di mana defendan menguatkan perkara itu dengan memetik Ketua Audit Negara dalam kenyataannya.
Selain itu, menerusi keputusan penghakiman, mahkamah turut menetapkan Saifuddin untuk membuat permohonan maaf yang diterbitkan dalam sebuah akhbar bahasa Melayu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari yang mana perlu mendapat kelulusan daripada Muhammad Sanusi terlebih dahulu.
Perintah injuksi melarang defendan atau ejennya mengulang kenyataan berkaitan dakwaan mencuri REE dan penyelewengan wang peruntukkan MARRIS juga turut dikekalkan
Muhammad Sanusi diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussof, Mohd Faizi Che Abu dan Nur Iffah Hizwani Omar, manakala Saifuddin diwakili peguam Navpreet Singh, William Leong dan Sakina Siraj.
Pada 3 Ogos 2023, Menteri Besar Kedah itu telah memfailkan saman terhadap Saifuddin kerana mendakwa Menteri Dalam Negeri itu telah memfitnahnya mencuri REE dan menyeleweng peruntukkan MARRIS di Kedah.
Muhammad Sanusi ketika prosiding turut memberitahu Mahkamah Tinggi Alor Setar bahawa tuduhan yang dibuat terhadapnya pada 2023 telah menjejaskan reputasi dan kedudukan politiknya.