awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin singkatkan lawatannya ke Turki, tangguh kunjungan ke India

Bernama
Bernama
22/12/2021
01:18 MYT
Saifuddin singkatkan lawatannya ke Turki, tangguh kunjungan ke India
Saifuddin sepatutnya dijadual berada di Turki sehingga 22 Dis sebelum ke India, untuk lawatan rasmi pertamanya ke kedua-dua negara sejak dilantik sebagai menteri luar pada Ogos. - Gambar fail
ANKARA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah memendekkan lawatan rasminya ke Turki serta menangguhkan kunjungan ke India berikutan bencana banjir di Malaysia.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, bencana itu telah menjejaskan kira-kira 2,932 penduduk di kawasannya yang telah dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara.
"Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota beroperasi 24 jam. Kami telah membantu sejak hari pertama dengan memindahkan penduduk, mengagihkan bakul makanan," katanya kepada Bernama, di sini pada Selasa.
Beliau dijadual tiba di Malaysia pada Rabu petang.
Saifuddin berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatannya dari India Dr S. Jaishankar dan menteri itu turut bersimpati dan mengucapkan takziah selain menyatakan kesediaan India untuk membantu jika diperlukan.
"Perkara yang sama turut disuarakan rakan sejawatan saya dari Turki dan Pakistan," katanya.
Saifuddin sepatutnya dijadual berada di Turki sehingga 22 Dis sebelum ke India, untuk lawatan rasmi pertamanya ke kedua-dua negara sejak dilantik sebagai menteri luar pada Ogos.
Beliau tiba di Ankara pada 19 Dis dan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Mevlut Cavusoglu pada Isnin.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai memperluas kerjasama Perjanjian Perdagangan Bebas serta bidang lain termasuk dagangan, kesihatan, keselamatan dan pertahanan.
Turut dibincangkan isu serantau termasuk situasi di Afghanistan.
Saifuddin turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden pada hari yang sama (20 Dis).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#tangguh lawatan ke India
#lawatan rasmi ke Turki
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan