Seramai 44,828 pengguna di daerah ini dan sebahagian kawasan Port Dickson terjejas berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Kuala Sawah, akibat berlaku percemaran bau, bermula 9 pagi tadi.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata bekalan dijangka pulih semula dalam tempoh 24 jam.
"Hujan yang lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan paras air di Sungai Linggi meningkat, sekali gus turut menarik benda asing seperti sampah-sarap memenuhi permukaan sungai.
"Ekoran itu, pihak kami terpaksa menutup LRA Sungai Linggi serta-merta bagi mengelakkan air sungai yang berbau bercampur dengan air yang sudah dirawat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kawasan yang terjejas di Port Dickson ialah Escort Estet, Kampung Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Taman Sirusa Jaya Batu 6, Jalan Pantai, seluruh Kawasan Batu 5 dan Batu 4 Jalan Pantai, Kampung Baru Sirusa, Jalan Sua Betong, Taman Desa PD, Kampung Barisan dan kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.
Ia turut melibatkan Kampung Bagan Pinang, Taman PD Utama, Taman Raja Zainal, Taman Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jalan Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Batu 1, Jalan Lama, Kampung Chokra, Taman Muhibah, Taman Puteri, Kampung Arab, Taman PD Akasia, Kampung Air Meleleh, Kampung Gelam, Taman PD Tropika, Taman Sri Mawar.
"Turut terlibat kawasan Bukit Pelandok, Chuah, Teluk Kemang, Jalan Pantai, PD Waterfront dan Pekan Lukut hingga Spring Hill," kata Norzita.
Bagi daerah Seremban pula, kawasan yang terjejas ialah Taman Pinggiran Senawang, Kampung Ulu Rantau, Sekolah Datuk Abdul Razak, RTM, Taman Permata, Ladang Batu 11, Ladang Kombok, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar.
Ia turut melibatkan Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kampung Sungai Sendayan dan Nusari Bayu.
"SAINS memohon maaf atas kesulitan ini dan para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut," katanya . - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016
Bekalan dijangka pulih semula dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Sebahagian kawasan Port Dickson alami gangguan bekalan air susulan hujan lebat
Sebahagian kawasan di Port Dickson pada masa ini mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan pengeluaran bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Linggi.
SAINS tutup LRA Sungai Linggi berikutan pencemaran bau
Seramai 44,828 pengguna di daerah ini dan sebahagian kawasan Port Dickson terjejas berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Kuala Sawah, akibat berlaku percemaran bau, bermula 9 pag