awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis ABI hasil formula 'patty' burger cendawan tiram kelabu

Bernama
Bernama
08/05/2025
04:30 MYT
Saintis ABI hasil formula 'patty' burger cendawan tiram kelabu
Burger cendawan itu bukan sekadar alternatif vegetarian, tetapi menawarkan kandungan serat makanan yang lebih tinggi berbanding daging ayam atau lembu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) berjaya membangunkan formula baharu untuk patty burger berasaskan cendawan tiram kelabu sebagai alternatif kepada mereka yang ingin menikmati burger tanpa menggunakan daging haiwan.
Saintis Jabatan Bioteknologi Makanan ABI Nor Fazila Sulaiman yang mencipta formula berkenaan berkata ilham itu tercetus apabila beliau mendapati produk hiliran daripada tumbuhan itu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju masih kurang, sedangkan bekalannya mudah diperoleh di Malaysia dan paling banyak ditanam secara komersial.
"Patty burger ini sesuai sebagai alternatif kepada burger ayam atau daging yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi.
"Ia juga sesuai untuk golongan vegetarian selain harganya yang lebih murah," katanya ketika ditemui Bernama pada persidangan antarabangsa ketiga Persatuan Virologi Dunia 2025 di ibu negara baru-baru ini.
Nor Fazila berkata, burger cendawan itu bukan sekadar alternatif vegetarian, tetapi menawarkan kandungan serat makanan yang lebih tinggi berbanding daging ayam atau lembu, sekali gus sesuai untuk individu yang mempunyai masalah alahan telur, kacang soya dan daging atau yang mengamalkan diet rendah lemak dan bebas gluten.
Selain itu, beliau berkata produk berkenaan juga tidak mengandungi telur, soya atau pewarna tiruan, sekali gus menjadikannya pilihan sihat yang sepenuhnya vegan dan halal.
Bagi memastikan ketahanan produk dalam bentuk sejuk beku serta kestabilan struktur tekstur apabila dimasak, kajian dan eksperimen dijalankan selama setahun termasuk menangani isu teknikal utama seperti masalah pembentukan kristal ais akibat kandungan air dalam cendawan yang boleh menyebabkan patty berderai selepas dinyahbeku.
"Saya gunakan bahan penstabil gred makanan untuk menstabilkan struktur patty. Semua proses yang saya guna adalah minimum supaya ia mudah diambil alih oleh perusahaan kecil dan sederhana tanpa perlu peralatan mahal," katanya.
Nor Fazila berkata prototaip produk itu kini telah siap dan stabil untuk penyimpanan sehingga tiga bulan secara beku, sambil memberitahu bersedia membuka peluang kepada syarikat berminat untuk mengambil alih formulasi dan menjalankan pengeluaran komersial.
Beliau berkata menerusi pendekatan saintifik yang teliti serta kesedaran terhadap keperluan pasaran tempatan, inovasi burger cendawan ini dilihat sebagai satu langkah besar ke arah menangani isu sekuriti makanan serta menjadikan makanan sihat, lebih mampu milik dan inklusif untuk rakyat Malaysia.
ABI adalah satu daripada tiga institut teras di bawah Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia dan ia beroperasi sebagai agensi penyelidikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#patty burger
#ABO
#cendawan tiram kelabu
#daging haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami