awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis China berjaya 'cipta matahari' sebagai sumber tenaga

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
10/02/2016
12:30 MYT
Saintis China berjaya 'cipta matahari' sebagai sumber tenaga
Tenaga termal dihasilkan apabila dua atom hidrogen dilakurkan dalam reaktor magnetik dengan jumlah tenaga lebih tinggi berbanding nuklear - Gambar fail
Para saintis China telah berjaya mencipta gas hidrogen yang tiga kali ganda lebih panas dari matahari, lapor South China Morning Post.
Tenaga solar buatan ini pada masa hadapan dijangka dapat dijadikan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sekaligus menamatkan pergantungan terhadap bahan api fosil dan menyelesaikan krisis tenaga global.
Saintis China mencipta gas tersebut dalam reaktor lakuran magnetik gergasi di Institute of Physical Science di sini.
Reaktor tersebut dikenali sebagai Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) yang dicipta oleh saintis Kesatuan Soviet sekitar dekad 50-an.
Menurut para saintis itu, ‘matahari buatan’ mereka mampu menjana suhu mencecah 50 juta darjah Celcius yang kekal selama 102 saat.
Teras matahari dipercayai bersuhu sekitar 15 juta darjah Celcius.
Perkembangan ini bagaimanapun menuntut kajian lanjut dan saintis menjangkakan puluhan tahun diperlukan untuk menjadikan gas hidrogen ini sebagai sumber tenaga global.
Topic Berkaitan
#Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST)
#Saintis China cipta matahari sumber tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan