[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
GADGETS

Saintis China hasil cakera optik dengan kapasiti 1.6 petabit

Amanz 23/02/2024 | 09:05 MYT
Kapasiti yang tinggi dicapai dengan menyimpan data pada permukaan cakera secara tiga dimensi dan ratusan lapisan. -Amanz
SAINTIS dari Shanghai Institute of Optics and Fine Mechanics telah berjaya menghasilkan cakera optik dengan kapasiti 1.6 Petabit (200 Terabyte).
Ini adalah kapasiti yang jauh lebih tinggi berbanding 128GB yang boleh disimpan pada cakera sekeping UItra HD Blu-Ray.
Kapasiti yang tinggi dicapai dengan menyimpan data pada permukaan cakera secara tiga dimensi dan ratusan lapisan.
Kemudiannya saiz titik laser (spot size) adalah hanya 54 nm dan jarak antara trek pada permukaan cakera (track pitch) pula sekecil 70nm.
Sekali lagi sebagai perbandingan titik laser pada DVD ialah 530nm dan jarak antara trek pula ialah 320nm.
Dengan ini kepadatan maklumat dapat ditingkatkan dalam luasa permukaan cakera optik yang sama.
Teknologi ini masih lagi dalam peringkat kajian. Sistem dwi-laser yang khusus diperlukan bukan sahaja untuk menulis data tetapi juga untuk membaca maklumat yang disimpan. -Amanz
#cakera optik #Shanghai Institute of Optics and Fine Mechanics #200 Terabyte #tiga dimensi dan ratusan lapisan