GADGETS
Saintis temui komponen asas kehidupan pada sampel asteroid Bennu
Antara yang dikesan ialah ribosa, yang diperlukan untuk pembentukan RNA, dan glukosa, yang digunakan oleh kehidupan di bumi. -Foto Amanz
MISI OSIRIS-REx yang dilancarkan pada 2016 bertujuan mengambil sampel daripada asteroid 101955 Bennu, sebagai percubaan pertama menganalisis komposisi asteroid ketika berada di angkasa lepas.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Sampel berkenaan kembali ke bumi dengan selamat pada 2023.
Ketua pasukan saintis dari Tohoku University, Yoshihiro Furukawa, mengumumkan mereka menemukan sebatian gula yang menjadi komponen asas pembentukan kehidupan dalam sampel tersebut.
Antara yang dikesan ialah ribosa, yang diperlukan untuk pembentukan RNA, dan glukosa, yang digunakan oleh kehidupan di bumi.
Penemuan ini tidak membuktikan kewujudan hidupan luar bumi, namun menyokong hipotesis bahawa hentaman asteroid berbilion tahun lalu mungkin memulakan kehidupan di bumi.
Dengan berbilion asteroid mengandungi bahan asas pembentukan organisma, kebarangkalian kewujudan kehidupan selain di bumi bukan lagi sifar.
Sampel Bennu yang dikaji adalah bebas pencemaran kerana diambil terus dari asteroid sebelum tiba di bumi.
Pasukan Tohoku menganalisis 600 miligram debu Bennu menggunakan air dan asid untuk mengekstrak gula, sebelum mengesan kehadiran ribosa, glukosa dan gula lain melalui alatan makmal.
Pasukan sama kini menumpukan kajian ke atas sampel asteroid Ryugu yang kembali ke bumi pada 2020 menerusi misi Hayabusa2. Kajian ini dijangka lebih mencabar kerana hanya 100 miligram sampel Ryugu berjaya dikumpul.
Hasil kajian telah diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Misi OSIRIS-REx berjaya mengambil sampel asteroid 101955 Bennu pada 2016 dan kembali ke bumi pada 2023.
- Penemuan sebatian gula dalam sampel Bennu, termasuk ribosa dan glukosa, menyokong hipotesis hentaman asteroid boleh memulakan kehidupan di bumi.
- Kajian saintifik menunjukkan asteroid mengandungi bahan asas pembentukan kehidupan, meningkatkan kebarangkalian wujudnya kehidupan di luar bumi.
Sampel berkenaan kembali ke bumi dengan selamat pada 2023.
Ketua pasukan saintis dari Tohoku University, Yoshihiro Furukawa, mengumumkan mereka menemukan sebatian gula yang menjadi komponen asas pembentukan kehidupan dalam sampel tersebut.
Antara yang dikesan ialah ribosa, yang diperlukan untuk pembentukan RNA, dan glukosa, yang digunakan oleh kehidupan di bumi.
Penemuan ini tidak membuktikan kewujudan hidupan luar bumi, namun menyokong hipotesis bahawa hentaman asteroid berbilion tahun lalu mungkin memulakan kehidupan di bumi.
Dengan berbilion asteroid mengandungi bahan asas pembentukan organisma, kebarangkalian kewujudan kehidupan selain di bumi bukan lagi sifar.
Sampel Bennu yang dikaji adalah bebas pencemaran kerana diambil terus dari asteroid sebelum tiba di bumi.
Pasukan Tohoku menganalisis 600 miligram debu Bennu menggunakan air dan asid untuk mengekstrak gula, sebelum mengesan kehadiran ribosa, glukosa dan gula lain melalui alatan makmal.
Pasukan sama kini menumpukan kajian ke atas sampel asteroid Ryugu yang kembali ke bumi pada 2020 menerusi misi Hayabusa2. Kajian ini dijangka lebih mencabar kerana hanya 100 miligram sampel Ryugu berjaya dikumpul.
Hasil kajian telah diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan misi OSIRIS-REx yang dilancarkan pada 2016?
A: Misi OSIRIS-REx bertujuan mengambil sampel asteroid 101955 Bennu dan menganalisis komposisinya ketika berada di angkasa lepas. - Q: Apakah kepentingan penemuan sebatian gula dalam sampel Bennu?
A: Penemuan sebatian gula, termasuk ribosa dan glukosa, menyokong hipotesis bahawa hentaman asteroid mungkin memulakan kehidupan di bumi. - Q: Apa yang menarik tentang kajian saintifik terhadap asteroid Bennu dan Ryugu?
A: Kajian menunjukkan asteroid mengandungi bahan asas pembentukan kehidupan, meningkatkan kebarangkalian wujudnya kehidupan di luar bumi, dan kajian terus dilakukan ke atas sampel asteroid demi pemahaman yang lebih mendalam.