GADGETS
Saintis temui warna baharu ‘Olo’ yang tidak pernah dilihat sebelum ini

Penemuan ini dicapai dengan merangsang sel kon M (hijau) dalam retina mata menggunakan pancaran laser. -Amanz
SEKUMPULAN saintis dari Universiti California, Berkeley telah berjaya menemui warna baharu yang dikenali sebagai Olo iaitu warna biru-hijau terang yang tidak pernah dilihat oleh mata manusia secara semula jadi.
Ringkasan AI
- Saintis dari Universiti California, Berkeley menemui warna baharu bernama Olo, warna biru-hijau terang yang tidak pernah dilihat secara semula jadi.
- Penemuan ini dicapai dengan merangsang sel kon M (hijau) dalam retina mata menggunakan pancaran laser.
- Warna Olo berpotensi digunakan dalam bidang sains, teknologi, dan paparan visual pada masa hadapan.
S memberi respons terhadap cahaya biru (pendek), M kepada hijau (sederhana), dan L kepada merah (panjang).
Ketika melihat warna, otak kita memproses gabungan daripada ketiga-tiga sel kon tadi untuk menghasilkan warna.
Namun begitu, dalam satu penemuan terbaharu ini, saintis berjaya merangsang sel kon M (hijau) sahaja tanpa melibatkan sel kon lain.
Hasilnya, peserta dapat melihat warna unik yang tidak pernah wujud secara semula jadi.
Walaupun warna ini masih belum digunakan secara meluas dalam konteks semula jadi, penemuan ini telah membuka potensi baharu dalam bidang sains, teknologi, dan paparan visual.
Saintis turut percaya bahawa warna unik ini berpotensi untuk digunakan secara meluas pada masa hadapan terutamanya dalam teknologi paparan visual. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami