BIARPUN memiliki badan bersaiz kecil, namun tenaga dan kepakarannya sentiasa ditagih.
Bukan sembarangan, insan istimewa ini telah berjaya menumbangkan ribuan ekor lembu sepanjang bergelar tukang sembelih.
Perkakasan sembelihannya lengkap - golok sederhana panjang, golok pendek yang tajamnya seumpama mata pedang Damascus serta kapak - sentiasa terselit di selendang kain pinggangnya.
Zulkifli Jaafar, 47 tahun, antara tukang sembelih lembu di Kelantan yang pakar dalam melakukan tugasan menyembelih dan melapah daging korban.
Memiliki ketinggian 147 sentimeter dan berat 51 kilogram, Zulkifli memaklumkan, tugas dan tanggungjawab itu tidak dapat dilakukan oleh orang sembarangan dan perlu mempunyai minat serta kepakaran sembelihan yang betul.
Dia yang berpengalaman hampir 40 tahun sebagai tukang sembelihan menimba ilmu dan terbabit dalam aktiviti itu sejak berusia 16 tahun lagi.
Menyentuh mengenai teknik sembelihan, dia memaklumkan, kepakaran menyembelih lembu memerlukan ilmu dan pengalaman.
"Sembelihan ke atas ternakan memerlukan pisau atau golok yang tajam supaya tidak menganiaya haiwan.
"Teknik sembelihan kena betul dan kena pada tempat potongan supaya binatang sembelihan tidak mengalami kesakitan yang lama, pengaliran darah yang lancar dan paling penting haiwan itu tidak mengalami tekanan yang boleh menjurus kepada keras atau lembut dagingnnya nanti.
"Penting bagi tukang sembelih mengetahui teknik sembelihan dan merebahkan ternakan supaya kena pada kedudukannya.
"Apabila menyembelih ternakan, pastikan haiwan itu tidak terseksa dan mengalami kesakitan lama.
"Sembelihan yang tidak betul boleh mempengaruhi keadaan daging yang biasanya akan jadi liat dan keras, sebaliknya jika sembelihan kena cara, daging lembu biasanya jadi lembut," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, bidang pekerjaan turun temurun ini dimulakan oleh bapanya pada peringkat awal sebelum diwarisinya.
Menurutnya lagi, biasanya dalam masa tidak sampai 10 minit, kerja-kerja menyembelih dilakukan dengan bantuan rakan-rakannya.
Zulkifli turut bercerita mengenai bapanya, Jaafar Mat Diah, yang merupakan pelapah tersohor ketika hayatnya dengan gelaran 'Jaafar Daging', membuatkan kesemua adik-beradiknya memiliki kemahiran menyembelih dan melapah.
Anak kepada Che Esah Ismail ini sudah memulakan kerjayanya sebagai petugas sembelihan dengan Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 1992 lagi.
Dari situlah dia berjaya menubuhkan Kumpulan Petugas Sembelihan Korban (Tumpat) yang dianggotai 10 ahli.
Zulkifli kini berjaya mempelajari dan memanfaatkan peluang kemahiran mengenal bahagian badan haiwan korban dengan baik.
“Alhamdulillah, tiada masalah untuk saya mengendalikan lembu, baik dari awal peliharaan berbelas ekor, menumbangkan lembu, menyembelih dan melapahnya.
“Paling penting adalah dapat mengeluarkan usus dalaman (hati, perut, limpa) itu, kerana menerusi proses itu kita dapat melihat hati lembu itu sama ada rosak atau tidak.
"Ini dapat memberikan formula bagi kita untuk memastikan lembu yang dipelihara dapat penjagaan yang baik dengan pemberian makanan bersesuaian untuk mendapatkan hasil yang baik.
"Antara makanan terbaik yang akan diberikan adalah dedak Thailand, atau garam, air dan nasi,” katanya ketika ditemui di majlis Qurban di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, pada Selasa.
Menurut Zulkifli yang merupakan anak ketiga daripada 28 beradik dari empat ibu ini berkata, sebelum memulakan tugas dia akan memastikan beberapa bilah pisau berada dalam keadaan yang sangat tajam.
"Dengan alatan ini ia dapat disempurnakan dengan cepat dan proses pengagihan juga dapat dilakukan tepat pada waktunya," jelasnya.
Zulkifli antara penyembelih lembu ternakan yang dijemput menyertai korban bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V.
Disebabkan kepakarannya, dia mendapat kepercayaan Sultan Muhamad untuk bersama melaksanakan korban setiap kali program Korban Perdana yang dianjurkan MAIK.
Vivi Sumanti
Wed Jul 13 2022
Zulkifli antara penyembelih lembu ternakan yang dijemput menyertai korban bersama Sultan Kelantan Sultan Muhamad V pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih
Tiba masa golongan muda mengambil alih dan mendalami bidang penyembelihan haiwan ternakan daripada orang lama yang berpengalaman.
Saiz badan bukan ukuran, ribuan lembu sudah dikorbankan
Bukan sembarangan, insan istimewa ini telah berjaya menumbangkan ribuan ekor lembu sepanjang bergelar tukang sembelih lembu.