KINI-TRENDING

Sakho menggerunkan!

Ian Johan Ariff 21/01/2015 | 12:46 MYT
Mamadou Sakho (kiri) menghalang pemain Chelsea, Willian dalam separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris. Gambar - AP.
Pertahanan Liverpool, Mamadou Sakho kembali menemui prestasi terbaiknya dan kembali digeruni pihak lawan.
Itu antara pendapat orang ramai selepas aksi beraninya mematah pelbagai serangan Chelsea dalam pertemuan Piala Liga Inggeris ataupun Capital One Cup pada Selasa.
Ada yang berjenaka Sakho merupakan watak ngeri yang akan digunakan penyerang Chelsea untuk menakutkan anak mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Sakho yang berhijrah ke Liverpool dari kelab Perancis, Paris Saint-Germain pada 2013, berdepan masalah disiplin dan juga prestasi yang tidak menentu musim ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyokong Liverpool juga berpuas hati dengan persembahan Liverpool secara keseluruhan yang menyaksikan the Reds seri satu sama dengan the Blues di Anfield.
Ada yang berasa Liverpool sepatutnya memenangi perlawanan separuh akhir pertama itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peminat Liverpool juga berpendapat kelab itu sudah mula menunjukkan kebangkitan selepas penyerang berbisa, Luis Suarez dijual kepada Barcelona.
Selain itu mereka berasa pasukan itu mampu untuk bersaing tanpa kapten pasukan, Steven Gerrard yang akan berhijrah ke Amerika Syarikat selepas tamat musim ini.
Sementara itu, peminat Chelsea turut berpuas hati dengan keputusan seri kerana mendapat gol di tempat lawan sebelum kedua-dua pasukan bertemu kembali dalam perlawanan timbal balik di Stamford Bridge minggu depan.
Chelsea merupakan pendahulu Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) dengan kelebihan 17 mata berbanding Liverpool yang menduduki tangga kelapan.
#Chelsea #Liverpool #Mamadou Sakho