NATIONAL
Saksi dengar jeritan, suspek bawa parang larikan barangan kemas

Lokasi kejadian rompakan kedai emas di sebuah pasar raya dekat Falim pada Jumaat. -Sinar Harian
IPOH: "Saya dengar suara orang menjerit, tak lama selepas itu nampak dua lelaki keluar dari kedai bawa parang panjang."
Ringkasan AI
- Dua lelaki bersenjata parang merompak kedai emas di pasar raya Falim, mengambil barangan kemas bernilai hampir RM400,000.
- Suhaila, saksi kejadian, melihat suspek keluar dari kedai emas dan orang ramai berlari menyelamatkan diri.
- Polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian, yang berlaku sekitar jam 1 petang tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
Bagaimanapun menurutnya, keadaan itu tidak menimbulkan syak wasangka kerana menyangka ia kenderaan yang mahu digunakan di ruang pameran.
"Bila dengar orang menjerit, saya terkejut. Nampak orang ramai mula berlari-lari seperti mahu selamatkan diri.
"Saya sendiri pun masuk dalam stor dan menyorok," katanya ketika ditemui pemberita.
Menurut Suhaila, dia dapat melihat dua suspek dengan seorang daripadanya bertubuh besar, memakai penutup muka penuh keluar dari kedai emas tersebut.
Katanya, seorang daripada mereka turut dilihat memegang senjata tajam seperti parang panjang.
"Ini kali pertama saya berdepan situasi cemas begini sepanjang tiga tahun bekerja di sini," katanya.
Kejadian sekitar jam 1 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.
Maklumat awal menyebut, suspek mengambil barangan kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM400,000 sebelum melarikan diri dengan kenderaan.
Setakat jam 3.30 petang, siasatan polis di lokasi kejadian masih berjalan. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami