KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk yang diterimanya tahun lepas adalah kerana beliau mempunyai bukti dalam kes itu.
Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Datuk Nor Salwani Muhammad, 54, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa pingat yang diterimanya pada 1 Februari 2020 adalah kerana beliau telah berkhidmat selama 30 tahun di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri itu dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang berdepan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Nor Salwani pada tahun 2019 menarik perhatian negara apabila mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat 24 Februari 2016 dengan menyorokkan alat rakaman di dalam sebuah kotak pensel.
Terdahulu, saksi pendakwaan kelima itu diminta membaca laporan akhbar tempatan bertarikh 1 Februari 2020 bertajuk ‘Tahniah Nor Salwani.’
Laporan itu antara lain menyebut pada tahun 2016, Nor Salwani secara rahsia menyimpan satu daripada 60 salinan laporan asal 1MDB selepas diarahkan berbuat demikian kerana hanya salinan yang telah dipinda akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Laporan itu turut memetik kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Abdul Samad yang berkata, penganugerahan tersebut juga sebagai manifestasi kementeriannya yang tegas menolak sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.
Ketika disoal balas Muhammad Shafee, saksi itu sekali lagi menegaskan gelaran Datuk yang diterima bukanlah kerana menyimpan bukti laporan 1MDB dipinda tetapi kerana pencalonannya telah dihantar oleh Jabatan Audit Negara dan KWP sebelum beliau memberi keterangan di mahkamah.
Pada peringkat ini, Mohamed Zaini mencelah dan menasihati Muhammad Shafee agar tidak menyoal terlalu mendalam berhubung isu itu.
Menjawab soalan mengenai pandangannya berhubung kenyataan menteri itu dalam laporan akhbar tersebut, Nor Salwani berkata, beliau menghormati pandangan Khalid.
“Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah pencalonan dibuat ketika saya merupakan ketua unit oleh pengurusan tertinggi KWP. Saya juga terlibat dalam penubuhan KWP,” katanya.
Nor Salwani berkata, beliau tidak sekali-kali berniat untuk ‘menyorok’ atau melakukan sesuatu yang di luar etika atau luar kebiasaan apabila meletakkan perakam ketika mesyuarat itu berlangsung.
Muhammad Shafee: Adakah Datuk meminta kebenaran atau memberitahu Ketua Setiausaha Negara (ketika itu) Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bahawa kamu hendak merakam percakapan? Ada membuat permohonan?
Nor Salwani: Saya berusaha bercakap dengan Puan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan Audit Negara, tetapi beliau sibuk bercakap dengan Tan Sri Ambrin. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya pun meletakkan alat perakam itu di dalam kotak pensel. Saya tidak sekali-kali berniat untuk ‘menyorok’ atau melakukan sesuatu yang di luar etika atau luar kebiasaan.
Terdahulu, Muhammad Shafee memohon agar perbicaraan pada Selasa dan Rabu ditangguhkan kerana beliau perlu membuat persediaan untuk kes Najib membabitkan SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan.
Perbicaraan kes itu ditetapkan Selasa hingga Rabu.
Permohonan Muhammad Shafee tidak dibantah oleh pendakwaan yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Mohamed Zaini membenarkan permohonan itu dan menetapkan 11 Ogos untuk menyambung pendengaran dalam kes 1MDB.
Najib, 67, yang merupakan Ahli Parlimen Pekan didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang kepada PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan bekas Perdana Menteri itu dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Najib daripada dikenakan tindakan. - Bernama
Bernama
Tue Feb 23 2021
Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan ke atas laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang kepada PAC bagi mengelak tindakan diambil terhadap beliau. - Gambar fail
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.