KUALA LUMPUR: Seorang perunding unit amanah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari bahawa beliau pernah berjumpa dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.
Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata pertemuan di sebuah hotel pada awal 2014 itu diatur oleh rakannya dikenali sebagai Nik Juliana, yang juga rakan Zizie Izette, dan turut dihadiri seorang lagi ejen pelaburan iaitu Madhi Abdul Hamid.
Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata pada pertemuan singkat selama 10 minit tersebut, dia cuma sempat memaklumkan kepada Bung Moktar mengenai cadangan pelaburan untuk Felcra yang boleh memberikan keuntungan lebih besar berbanding deposit tetap.
"Saya tidak sempat membuat pembentangan kertas cadangan pelaburan unit amanah Public Mutual," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan Zizie Izette di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Ditanya Mohd Sophian apakah maklum balas Bung Moktar selepas itu, saksi menjawab "ketika itu, tiada sebarang maklum balas kerana Datuk hendak cepat menunaikan solat zuhur."
Norhaili berkata selepas gagal mendapat maklum balas daripada Bung Moktar, dia menyampaikan hasrat itu kepada Zizie Izette dan pelakon tersebut berkata "saya cuba."
Menjawab soalan Mohd Sophian berapa lama perjumpaan mereka dengan Zizie Izette, saksi itu berkata "saya tidak pasti berapa lama sebab waktu itu waktu bekerja dan kami mempunyai janji temu lain... kami tidak minum air pun."
Selepas perjumpaan itu, dia telah menghubungi Nik Juliana meminta pertolongan untuk mengadakan pertemuan lain dengan Bung Moktar bagi membentangkan kertas cadangan tersebut.
"Saya minta kepada Nik Juliana untuk bercakap dengan Datin Seri Zizie Izette bagi mengadakan pertemuan lain," katanya sambil menambah beliau mengenali Zizie Izette sebagai selebriti dan isteri Bung Moktar pada 2013 melalui Nik Juliana.
Norhaili akan menyambung keterangannya esok.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Norhaili berkata selepas gagal mendapat maklum balas daripada Bung Moktar, dia menyampaikan hasrat itu kepada Zizie Izette dan pelakon tersebut berkata "saya cuba." - Gambar fail/ Astro AWANI

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.

BN Sabah positif kerjasama solidariti dengan GRS demi pembangunan negeri
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu positif dengan penubuhan jawatankuasa yang diumumkan oleh Ketua Menteri.

PRU15: Adat berparti memang semua mahu bertanding, nanti kita akan berbincang - Bung
Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kes rasuah Bung Moktar dan isteri: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 24 Jun
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menutup kesnya hari ini selepas memanggil 30 saksi.

Zizie Izette mengaku terima wang RM2.8 juta: Saksi
Zizie mendedahkan perkara berkenaan ketika merakam percakapannya bagi membantu siasatan kes rasuah suaminya pada Julai 2016.

Rasuah RM2.8 juta: Keterangan cukup untuk dakwa Bung Moktar, isteri - Pegawai penyiasat
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat keterangan mencukupi untuk mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.

PRU15 wajar dilaksana selepas MoU Kerajaan-PH tamat Julai ini - Bung Moktar
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini.

Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.

Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.