KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak pernah nampak Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menguruskan bayi di rumah tersebut, sebaliknya menyerahkannya kepada tiga penghuni rumah berkenaan.
Suhana Zam, 40, berkata sepanjang berada di kondominium di Wangsa Maju milik Siti Bainun atau keluar dengan wanita itu, tiga penghuni rumah berkenaan iaitu Aida, Yasmin serta Balqis yang memandikan serta menukar lampin pakai buang dua bayi, Tulus Jiwa dan Tulus Bael.
"Saya sendiri pernah tengok Tulus Jiwa masa kecil ada masalah alergi kulit, dia bukan bayi yang aktif tetapi dia boleh mengesot dan dia mengesot bawah meja hampir lebih sejam, tiada siapa peduli.
"Tulus Bael pula selalu cedera, contohnya ada satu malam dia dibiarkan bermain-main sendiri sehingga jatuh dan mulut berdarah serta menangis, apabila Aida, Yasmin dan Balqis pujuk dia senyap, lepas itu biarkan dia (Tulus Bael) bermain dan jatuh di tempat yang sama serta berdarah. Budak-budak ini tidak ada penjagaan yang baik kerana kejadian ini berulang dan berlaku dalam masa yang singkat," katanya.
Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun.
Suhana berkata beliau pernah menasihatkan Siti Bainun agar tidak berkasar dengan budak-budak di rumah tersebut contohnya cara wanita itu mencium Tulus Bael.
"Saya sendiri nasihat Siti Bainun apabila nampak dia buat sesuatu yang tidak betul, contohnya dia cium Tulus Bael sampai berbekas, saya tegur 'jangan buat macam tu Nun (Bainun) sakit tu. Siti Bainun cakap 'budak sindrom tak rasa sakit'.
"Saya tengok balkoni (rumah) tak selamat, ada letak meja tinggi dan kerusi. Saya tegur kalau budak-budak panjat jatuh nanti, Siti Bainun jawab 'tak apa kak mereka tak panjat," katanya.
Saksi itu berkata beliau yakin Bella tidur di bilik dobi kerana pernah melihat Siti Bainun bersama Bella ke bilik berkenaan dan wanita itu kembali semula ke ruang hadapan tanpa Bella selain remaja sindrom Down itu juga tidak pernah dilihat bermain di ruang tamu bersama kanak-kanak lain.
Sementara itu, disoal Nor Azizah mengapa saksi tidak tolong cuci najis selepas terhidu bau itu di bilik dobi, Suhana menjawab,"Di rumah Siti Bainun macam ada peraturan. Yasmin, Aida dan Balqis jaga Bella, Tulus Bael dan Tulus Jiwa.
"Sepanjang saya berada di kondominium itu, saya sendiri tidak dibenarkan membuat apa-apa kerja, sampaikan nak bawa gelas ke dapur pun dia tak bagi, kalau saya nak makan pun mereka buat, apatah lagi basuh najis di bilik dobi, itu semua tidak dibenarkan," kata saksi itu.
Berkenaan laporan polis mengenai kecederaan dialami Bella, Suhana berkata beliau tidak membuat laporan polis kerana memadai dengan laporan yang telah dibuat oleh saksi pendakwaan pertama iaitu Zurianty Sudin.
"Zurianty sudah jumpa Bella dan dia telah membuat laporan polis. Selepas saya tahu Zurianty membuat laporan polis, saya beritahu Zurianty kalau polis nak saya beri keterangan, saya boleh datang beri keterangan.
"Saya tidak bersetuju dengan peguam apabila dikatakan tiada keperluan untuk membuat laporan polis sebab pada masa itu saya rasa risiko sekiranya saya membuat laporan yang mungkin akan mendatangkan bahaya lebih besar kepada Bella, sebab waktu itu tidak sesuai dan saya tidak dapat pastikan Bella dapat dibawa keluar dari rumah itu," katanya.
Nor Azizah: Peguam ada cadang, pada masa kamu meminta Zurianty tengok keadaan Bella, kamu boleh telefon ambulans, kenapa kamu tidak telefon?
Suhana: Saya tak telefon sebab saya tak pasti bagaimana keadaan Bella, dalam keadaan tenat atau OK, sebab itu kami setuju Zurianty tengok Bella dahulu.
Nor Azizah: Semasa disoal peguam mengenai keterangan kamu yang makan cili banyak, berdiri lama dan lebam adalah sebagai sesuatu yang ekstrem, kamu katakan kamu setuju, kenapa kamu setuju?
Suhana: Saya setuju yang paksa makan cili banyak, berdiri lama perbuatan yang ekstrem...tetapi mengenai lebam di muka Bella tidak boleh kata ekstrem sebab saya tidak tahu bagaimana lebam itu berlaku.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.
Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.
Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.