awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kuasa, pengurus anak syarikat Terengganu ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2023
02:00 MYT
Salah guna kuasa, pengurus anak syarikat Terengganu ditahan
Penyalahgunaan kuasa itu disyaki melibatkan pemberian kerja pembekalan kira-kira lebih 100 keping kad sim bernilai lebih RM4,000 kepada anaknya.
KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus bahagian di sebuah anak syarikat kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.
Penyalahgunaan kuasa itu melibatkan pemberian kerja pembekalan kira-kira lebih 100 keping kad sim bernilai lebih RM4,000 kepada anaknya yang merupakan ejen kepada sebuah syarikat telekomunikasi sekitar tahun 2022.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira jam 2 petang pada Ahad.
“Pembayaran bagi kerja pembekalan kad sim untuk pekerja anak syarikat kerajaan negeri oleh anak suspek telah dimasukkan ke dalam akaun pengurus bahagian terbabit," kata sumber itu lagi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#salah guna kuasa
#pemberian kerja pembekalan
#kad sim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan