Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang direman pada 4 Oktober lalu bagi kes penyelewangan projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion dibebaskan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Stephanie Sharron Abbie membenarkan suspek dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) RM500 ribu tanpa deposit dengan dua orang penjamin.
Pengarah JANS tersebut telah dibebaskan sekitar jam 1 petang hari ini di lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Kepayan.
Menurut sumber, pembebasan suspek tidak semestinya tidak akan didakwa tetapi bermakna dibebaskan sehingga siasatan selesai.
Setakat ini, pihak SPRM masih dalam proses merakam keterangan saksi, meneliti dokumen dan mengumpul bukti bagi kes terbabit.
Selain Pengarah JANS yang dibebaskan, empat lagi suspek akan tamat tahanan reman pada Selasa ini.
BACA: 23 individu dipanggil bantu siasatan salah guna kuasa Jabatan Air Negeri Sabah
BACA: Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: Bekas timbalan pengarah ditahan SPRM
BACA: Kes projek infrastruktur Sabah: Suspek bantu SPRM pindah wang ke Malaysia
Setakat ini, SPRM sudah merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan kes penyalahgunaan kuasa bagi projek pembinaan infrastruktur bernilai lebih RM3.3 billion di Sabah sejak 2010.
Perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki pada Ahad.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut.
Pada 4 Oktober lalu, empat suspek yang ditahan selain Pengarah termasuk Timbalan Pengarah, manakala suspek ketiga ialah abang Timbalan Pengarah dan seorang lagi suspek ialah akauntan.
SPRM merampas wang tunai berjumlah RM52.2 juta daripada kedua-dua suspek selain RM60 juta dalam akaun.
SPRM turut merampas barang kemas, kereta mewah, beg tangan mewah, 127 geran tanah dan wang dalam akaun luar negara yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM180 juta.
Pada 10 Oktober lalu, SPRM telah mengenal pasti akaun sejumlah RM30 juta dalam beberapa akaun di luar negara yang dipercayai berkait rapat dengan kes ini.
Anthea Yap
Sun Oct 16 2016

SPRM merampas wang tunai berjumlah RM52.2 juta daripada kedua-dua suspek selain RM60 juta dalam akaun. - Gambar fail

3 individu ditahan di Mekah atas penipuan haji
Suspek telah ditahan dan prosiding undang-undang telah dimulakan terhadap mereka sebelum dirujuk kepada Pendakwa Raya.

Eyka Farhana & Akhyar Rashid naik pelamin lagi, majlis resepsi tema tradisional Melayu
Eyka Farhana & Akhyar Rashid Naik Pelamin Lagi, Netizen Terpegun Dengan Majlis Perkahwinan Berturut-Turut: - -Bestanya Banyak Duit!-

Operasi dapur musim haji dipantau ketat TH, KKM dan pihak berkuasa Arab Saudi
TH sentiasa menitikberatkan aspek kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan jemaah, termasuk dalam penyediaan makanan.

ByteDance sasar pendapatan tahunan untuk tahun 2025 ini setara Meta
TikTok dijangka terus menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan global ByteDance walaupun berdepan tekanan daripada kerajaan AS.

Kapal tentera laut Mexico rempuh Jambatan Brooklyn, 19 cedera
Tiga tiang layar kapal setinggi 147 kaki terkena bahagian bawah jambatan, menyebabkan sebahagian struktur patah dan runtuh.
AWANI Ringkas: Kadar Pengangguran | Pendidikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Israel bunuh 200 rakyat Palestin, usir 300,000 penduduk di utara Gaza dalam tempoh 48 jam
Tentera Israel turut memusnahkan lebih 1,000 unit kediaman dan memaksa lebih 300,000 orang awam berpindah ke Bandaraya Gaza.

Peluang pasarkan produk halal di MENA, ASEAN tarik minat Bubbles O2 untuk luaskan eksport
Rantau MENA kini menunjukkan perubahan ketara, semakin banyak negara membuka peluang kepada import produk halal.

Kadar pengangguran di Melaka menurun 1.8 peratus suku keempat 2024
Pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar kerajaan negeri Melaka dalam merancakkan peluang pekerjaan terutamanya membabitkan golongan belia.

Tawaran kemasukan Tingkatan Enam boleh disemak mulai esok
Pelajar yang tidak menerima tawaran boleh buat rayuan mulai 19 hingga 25 Mei, keputusan rayuan boleh disemak pada 3 Jun.

Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.

PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).

"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.

Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.

Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong

Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.

Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.

Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.