awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna kuasa: Penolong jurutera majlis perbandaran direman

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2020
04:03 MYT
Salah guna kuasa: Penolong jurutera majlis perbandaran direman
Suspek dikatakan telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengurangkan kadar rebat untuk membina bangunan tanpa kelulusan yang dimiliki sebuah syarikat swasta. - Gambar SPRM.
Seorang penolong jurutera majlis perbandaran di Pahang direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.
Pendaftar Mahkamah, Norita Mohd Noh mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini sehingga 22 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menurut sumber, penolong jurutera yang berusia 41 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Pahang pada pukul 6.15 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
Menurut sumber itu, siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengurangkan kadar rebat untuk membina bangunan tanpa kelulusan yang dimiliki sebuah syarikat swasta di mana dia mempunyai kepentingan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Hairuzam Mohmad Amin
#Majlis Perbandaran di Pahang
#Norita Mohd Noh
#Seksyen 23 Akta SPRM 2009
#SPRM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan