awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salahuddin sertai sesi pemantauan sempadan Malaysia-Thailand

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2023
15:56 MYT
Salahuddin sertai sesi pemantauan sempadan Malaysia-Thailand
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub melakukan sesi pemantauan sempadan negara Malaysia-Thailand pada Ahad. - Foto ihsan KPDN
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub melakukan sesi pemantauan sempadan negara Malaysia-Thailand pada Ahad.
Pemantauan itu dilakukan di Pengkalan Kubor, Kelantan.
Lawatan sempadan itu diadakan bersama rakan strategi penguatkuasaan, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan.
Dalam lawatan itu, Salahuddin turut mengadakan sesi ramah mesra dengan pasukan Polis Marin Wilayah Tiga dan pasukan Polis Marin Thailand.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, KPDN memaklumkan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh; Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof, dan beberapa pegawai kanan dari kementerian dan agensi terlibat turut menyertai sesi lawatan itu.
Meskipun tidak dimaklumkan tujuan lawatan namun ia dipercayai berkaitan kes penyeludupan pelbagai barangan termasuk minyak masak yang berlaku di sempadan kedua-dua negara itu.
Lawatan itu difahamkan bagi memastikan pemantauan sentiasa dalam keadaan terbaik dalam usaha mengelak produk bersubsidi Malaysia diseludup sewenang-wenangnya ke negara jiran.
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#APMM
#kpdn
#Sempadan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan