awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salinan laporan kajian semula persempadanan boleh dimuat turun mulai hari ini

Bernama
Bernama
31/03/2018
09:36 MYT
Salinan laporan kajian semula persempadanan boleh dimuat turun mulai hari ini
Salinan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu boleh mula dimuat turun dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini. -Gambar fail
Salinan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu boleh mula dimuat turun dari laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata sehubungan dengan kelulusan oleh Dewan Rakyat, perintah tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan telah diwartakan untuk berkuat kuasa mulai 29 Mac 2018 selaras dengan peruntukan Seksyen 12, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.
"Orang awam boleh memuat turun salinan Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018 dari laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my mulai 31 Mac 2018," katanya.
Susulan daripada pewartaan perintah itu juga, pengemaskinian daerah-daerah mengundi telah dilaksanakan oleh SPR dan diwartakan pada 30 Mac 2018 selaras dengan peruntukan Seksyen 7 (1) dan (2), Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pilihan Raya 1958
#Dewan Rakyat
#Laporan Kajian Semula Persempadanan
#Mohd Hashim Abdullah
#Perlembagaan Persekutuan
#pilihan raya
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan