awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salur maklumat agar asnaf didaftar, dapat bantuan berterusan selagi layak - PPZ-MAIWP

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
24/06/2016
14:00 MYT
Salur maklumat agar asnaf didaftar, dapat bantuan berterusan selagi layak - PPZ-MAIWP
MOHD RAIS: Jika seseorang itu bayar sendiri secara terus kepada golongan asnaf, kami risau pihak yang menerima zakat tersebut hanya akan menerima bantuan sekali sahaja.
Tiada sebab untuk pembayar zakat menyalurkan zakat mereka kepada pihak lain selain pusat pengumpulan zakat yang diiktiraf.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohd Rais Alias berkata ini kerana pihaknya sudah berusaha secara berterusan untuk memperbanyakkan saluran bagi pembayaran zakat.
"Bukan sahaja setakat melantik pihak-pihak yang boleh mengumpul zakat seperti bank dan pejabat pos, kami juga menyediakan cara-cara atas talian bagi memudahkan pembayar zakat.
"Kami juga ada menyediakan aplikasi telefon pintar untuk pembayaran zakat," kata Rais.
Tambahnya, zakat wajar disalurkan ke pusat pengumpulan yang diiktiraf agar ia boleh diagihkan secara sistematik kepada golongan asnaf.
"Jika seseorang itu bayar sendiri secara terus kepada golongan asnaf, kami risau pihak yang menerima zakat tersebut hanya akan menerima bantuan hanya sekali sahaja.
"Lebih baik untuk maklumkan kepada pihak kami agar golongan asnaf ini boleh didaftarkan untuk menerima bantuan secara berterusan selagi layak menerimanya," jelas Rais.
Selain itu, beliau menerangkan pihak Baitulmal juga ada menubuhkan Skuad Jejak Asnaf yang sentiasa turun padang bagi mengenalpasti golongan yang layak menerima bantuan zakat.
"Proses ini dilaksanakan pihak kami sepanjang tahun dan amat mudah," kata Rais ketika ditemui di Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara PPZ-MAIWP dan MyEG Services Berhad serta majlis Iftar bersama anak-anak yatim.
Untuk butiran lanjut, sila layari www.zakat.com.my.
Bagi menghubungi Skuad Jejak Asnaf, sila dail 012-512 7614 dan 012-518 3614.
PPZ-MAIWP hanya bertanggungjawab untuk mengumpul zakat manakala Baitulmal akan mengagihkannya kepada pihak yang layak menerimanya.
Topic Berkaitan
#agihan zakat sistematik
#asnaf
#Mohd Rais Alias
#PPZ-MAIWP
#Pusat Pungutan Zakat
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan